Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI KEPIMPINAN RASULULLAH YANG BOLEH DITELADANI - Coggle Diagram
CIRI-CIRI KEPIMPINAN RASULULLAH YANG BOLEH DITELADANI
ADIL
:star: Isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah binti Abu Bakar al Siddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam segala hal seperti percakapan dan perbuatan.
:star: Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam.
:star: Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dgn mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmosian dlm kalangan masyarakat.
BIJAK
Bijak dalam menguruskan hal-hal pentadbiran
Merancang Perlembagaan Madinah yang merangkumi aspek keperluan semua kaum dan agama.
Bijak dalam mengatur strategi peperangan
Contohnya membina parit ketika dalam peperangan Khandak.
menggunakan taktik penguasaan tempat berperang ketika dalam peperangan Badar.
Bijak dalam menguruskan keluarga di samping menjadi seorang Rasul dan pemimpin.
Anak-anak Baginda dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya.
Para isteri dijadikan sebagai rujukan wanita lain. Contohnya Saidatina Aisyah R.A.
CEKAL DAN SABAR
:<3: Meskipun menghadapi cabaran hebat daripada kaum Quraisy di Makkah, baginda tetap tegar mempertahankan akidah Islam walaupun menghadapi cabaran serta halangan sama ada dalam bentuk fizikal, psikologi mahupun kewangan
:<3: Tidak berputus asa walaupun misi dakwah di Ta’if menemui kebuntuan. Kesabaran baginda meninggalkan impak positif apabila wakil kaum Aus dan Khazraj menemui baginda untuk menyatakan pengislaman, memeterai Perjanjian Aqabah dan menjemput baginda berhijrah ke Madinah
MAHIR BERPOLITIK & BIJAK BERSIYASAH
:star: Contohnya dapat dilihat apabila baginda merancang proses hijrah dengan cara memeterai perjanjian Aqabah I dan II bagi menanam “benih” Islam di Madinah agar memudahkan baginda berhijrah kelak
:star: Selain itu baginda juga menggubal piagam Madinah yang bersumberkan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. 47 fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah dipersetujui oleh masyarakat tanpa mengira agama.
BERANI DAN TEGAS
.:FIRE: Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam
:FIRE:Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara serta memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini Cuma terbatas kepada orang Islam sahaja.
:FIRE: Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya
BERTOLERANSI
:<3: Sedia memaafkan golongan Quraisy yang selama ini mengkhianati pejuangan Islam. Buktinya, tawanan Perang Badar tidak dijatuhkan hukuman bunuh, sebaiknya baginda menetapkan supaya mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai sebagai syarat untuk menebus diri.
:<3: Memperkenalkan etika peperangan yang juga bukan sekadar menggambarkan sikap tentera Islam yang berdisiplin malah menolak tanggapan bahawa tentera Islam berperang berdasarkan dendam dan mementingkan habuan dunia. Mengamalkan musyawarah dalam pemerintahan untuk mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Madinah.