Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5 FASA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA - Coggle Diagram
5 FASA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi
Menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum
Sistem Pendidikan kebangsaan mengalami perubahan- Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dilkasanakan sepenuhnya pada peringkat menengah Malaysia dan Sabah pada tahun 1982 dan sarawak pada tahun 1990.
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
Mata pelajaran Sivik diperkenalkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan- Pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek.
Zaman Pembangunan Negara
(1991-2000)
Akta pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Perubahan pesat dalam pendidikan negara
Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari
Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999
Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma.
Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris
Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik
Zaman Pasca merdeka (1957-1970)
Sistem pelajaran kebangsaan
Ordinan Pelajaran 1957 digubalkan berdasarkan perakuan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan
Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960
Akta Pelajaran 1961- Bahasa Melayu bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962- Penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar
Zaman Pra merdeka sebelum 1957
Sistem Pentadbiran British
Dipecahkan kepada 4 aliran seperti sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan Sekolah Tamil
Kurikulum berbeza dan bahasa pengantar ibunda masing-masing
Sistem pendidikan berdasarkan dasar Polarisasi- Dasar untuk kaum tidak bersatu
Pendidikan Vernakular Cina dan India- Mengutamakan Bahasa ibunda masing-masing dan tiada campur tangan British
Struktur Pendidikan Kaum Melayu- Golongan bangsawan (Malay College di Kuala Kangsar), Rakyat biasa (peringkat asas 3 M) dan lepasan sekolah kekal sebagai petani
Sistem Pentabiran Jepun
Bahasa Jepun diajarkan di sekolah-sekolah.
Sekolah Cina dan Inggeris ditutup, diganti dengan Sekolah Nippon-Go
Layanan baik kepada orang-orang Melayu dan Tamil berbanding orang Cina ekoran perang Jepun-China
Kurikulum berorientasikan negara Jepun
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-2020)
Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat
Penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan- Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002)
Bayaran insentif Subjek Pendidikan ( BISP) diperkenalkan pada tahun 2003
Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006- Murid islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah.