Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengaruh Tamadun India di Malaysia - Coggle Diagram
Pengaruh Tamadun India di Malaysia
AGAMA
interaksi ini menjadi titik tolak kemunculan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu.
Pada awalnya, penduduk tempatan berpegang kepada kepercayaan animisme.
Masyarakat Melayu ketika itu tertarik dengan ajaran Hindu kerana terdapat persamaan iaitu mengaitkan kepercayaan mereka dengan roh dan alam semulajadi.
Penyebaran agama Hindu-Buddha ini tertumpu pada golongan atasan dan menumpukan selok-belok upacara agama.
Bukti kedatangan agama Hindu dan Buddha pada ketika itu ialah peninggalan Candi Bukit Patu Pahat di Lembah Bujang dan imej Buddha diperbuat daripada gangsa di Lembah Bujang.
KONSEP DEVARAJA
Pengaruh daripada tamadun India mengenai konsep devaraja ini sememangnya jelas memberi impak kepada tamadun Malaysia.
Sebelum kedatangan agama Islam, kita menggunakan gelaran raja yang kemudian ditukar kepada sultan. Konsep raja juga berkait rapat dengan konsep daulat dan derhaka.
Hal ini membawa maksud bahawa raja memegang kedudukan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat India. Sesiapa yang mengingkari arahan raja, maka ia di anggap derhaka dan akan mendapat balasan buruk.
Konsep ini sememangnya jelas bercanggah dengan fahaman ajaran Islam yang ada di Malaysia, Namun yang demikian, konsep daulat masih diamalkan di negara kita dan tidak dilupakan juga, kita masih menggunakan peralatan alat-alat kebesaran dimana turut diamalkan oleh tamadun India.
Antara contohnya ialah ketur, cap mohor, tombak dan perhiasan berwarna kuning yang masih kita amalkan hingga ke saat ini.
Amalan sistem beraja di Tamadun Malaysia dewasa ini juga menunjukkan bahawa pengaruh Hindu sememangnya sudah sebati dengan amalan yang diamalkan di tamadun Malaysia
ADAT ISTIADAT
Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut.
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan
Semenanjung manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut.
Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim.
Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut
Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib.
Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur.
Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu.
Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
adat membelah mulut bayi.
Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
Tapi bagi Islam, adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke dalam bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.
KESENIAN
seni tarian
Seni tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia, tarian yang kaya dengan pelbagai langkah yang menarik telah mewujudkan suasana yang berwarna warni di Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan.
Ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan.
Tarian ini menjadi satu tarian yang wajib dipersembahkan kepada raja pada masa itu iaitu Akhbar Khan, pemerintah kerajaan India pada masa itu dan masih dipersembahkan oleh kaum India khususnya di India.
Tarian Khatak
Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud ‘seni bercerita’.
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah.
MAKANAN
Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha dan puri. Makanan ini merupakan makanan kegemaran kaum india.
Namun kini, makanan ini semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Terutamanya, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang merupakan makanan tradisional tamadun Melayu dan ini amat diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia sekarang.
muruku.
Makanan tradisional ini sudah pasti berasal dari negara India. Bahan utama untuk membuat muruku ialah urad dan tepung beras.
Muruku boleh didapati di mana-mana sahaja dan sering dihidangkan sebagai makanan ringan.
Muruku juga boleh dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafetida, ajawain dan cumin.
Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur kerana maruku senang dihidangkan dan lazat.
PAKAIAN TRADISIONAL
sari
Sari amat dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati reka bentuknya.
Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
kurta
dipakai oleh lelaki kaum India.
Kurta ini merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapasdan sutera.
Kurta ini juga boleh dipakai, bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dilonggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.