Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengaruh Tamadun China di Malaysia - Coggle Diagram
Pengaruh Tamadun China di Malaysia
PENDIDIKAN
Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun China adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building).
Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya.
Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain.
Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
KERAJAAN
Falsafah tamadun China begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan.
Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja.
Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun China. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini.
EKONOMI
Dalam tamadun China, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe).
Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight-fold path.
BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN
konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama.
Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya.
Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh
Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam.
Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.
PERKAHWINAN
Perkahwinan campur antara orang Cina dengan kaum lain seperti India, Melayu, Sikh dan paling banyak dengan bumiputera Sabah dan Sarawak telah melahirkan satu komuniti yang bersifat saling ambil-mengambil dari aspek kebudayaan, Bahasa, makanan, pakaian amalan nilai moral dan juga cara pemikiran. Ia juga akan menambahkan lagi kepelbagaian budaya yang diamalkan.
PERAYAAN
Perayaan kedua terbesar di Malaysia iaitu Perayaan Tahun baru Cina disambut pada hari kedua bulan pertama kalender Cina.
Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran sebagai menandakan kedatangan tahun baru.
Sehari sebelum kedatangan Tahun Baru Cina, kesemua ahli keluarga yang berbangsa Cina akan berkumpul untuk makan bersama-sama. Jamuan besar ini diadakan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga setelah lama tidak bertemu.
AMALAN FALSAFAH KONFUSIANISME
Perpaduan rakyat Malaysia pada ketika ini yang hidup aman damai bersama-sama bangsa dan budaya lain adalah disebabkan oleh pemikiran nilai universal yang wujud melalui falsafah Konfusianisme (Esa Khalid et. al 2004).
Melalui ajaran Konfusius yang diambil daripada buku Klasik Confusius dan Analekta, yang memuatkan konsep li, tatalaku yang baik jika diamalkan boleh memberi kesan kepada sifat dan nilai perilaku posistif diri
Menurut falsafah KungFu-Tze moral manusia boleh membantu pemimpin yang baik untuk mentadbir negara dengan adil, amanah jujur, membantu rakyat dan sebagainya.
Begitu juga dengan penjawat awam boleh mengambil pengajaran dari amalan Konfusianinsme kerana sifat baik itu juga merupakan amalan yang paling bernilai dan perlu dimiliki oleh setiap pegawai kerajaan.
Sikap yang baik boleh dicapai melalui menanam sikap yang baik ke dalam diri setiap individu terlebih dahulu sebelum ditunjukkan kepada orang lain.