Lelaki itu, yang dipercayai mabuk, menendang kerusi dan penanda jalan ditutup menyebabkan keluarga pengantin marah dan mengejarnya. Tidak lama selepas itu, lelaki itu muncul semula bersama lima lelaki India, tennasuk tiga bersenjatakan parang dan menyerang keluarga pengantin, Alwi Yunus, 45, dan anak jirannya. Shahril Shanf, awal 20-an, cedera pada lengan. Dua kereta milik penduduk Taman Lindungan Jaya dirosakkan.
Penduduk Taman itu kemudian hertindak balas dengan membakar dua motosikal, merosakkan empat motosikal dan memecahkan cermin dua kereta milik penduduk di Kampung Ghandi.