Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Analisis Persekitaran Perniagaan - Coggle Diagram
Analisis Persekitaran Perniagaan
Persekitaran luaran
Persekitaran makro
Persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara tidak langsung.
Ekonomi
Melibatkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan digunakan dalam sesuatu ekonomi.
Melibatkan peringkat antarabangsa nasional dan tempatan.
melibatkan transaksi pasaran, awam, kerajaan dan transaksi organisasi bukan untung.
Kemelesetan ekonomi (kesan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan adalah keluaran dan pendapatan negara.)
Politik & Undang-undang
Berdasarkan dasar dan peraturan kerajaan.
Kestabilan politik memberi peluang kepada pertumbuhan perniagaan.
Ketidakstabilan politik akan menyebabkan perniagaan sukar berkembang.
Dasar kerajaan di peringkat antarabangsa, nasional dan tempatan akan meningkatkan pertumbuhan perniagaan.
Sokongan, kemudahan dan perkhidmatan kerajaan dari segi sumber kewangan, infrastruktur, penasihatan, promosi, peraturan dan percukaian.
Teknologi
Meningkatkan kemajuan sains dalam perkembangan produk baru, pemprosesan dan bahan-bahan.
Peningkatan penggunaan teknologi dapat menentukan keupayaan barang dan perkhidmatan akan dihasilkan, peralatan digunakan dan bagaimana operasi perniagaan dijalankan.
Persaingan antara syarikat perniagaan menyebabkan usahawan menggunakan teknologi lebih canggih untuk menghasilkan bahan yang lebih bermutu, cepat, banyak dan lebih efisien (Barringer & Ireland, 2008).
Teknologi baru akan memberikan peningkatan saingan dalam perniagaan.
Sosiobudaya
Mellibatkan aspek demografi, gaya hidup masyarakat, perubahan nilai sosial dan budaya.
Perubahan penduduk, kumpulan etnik, struktur penduduk berkaitan umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan penduduk.
Persekitaran mikro
Persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung.
Pelanggan
Kumpulan sasaran utama dalam perniagaan.
Individu atau kumpulan manusia (pejabat kerajaan dan sekolah) yang membeli barangan atau perkhidmatan.
Pembekal
Untuk mendapatkan input seperti bahan mentah, peralatan dan mesin tenaga kerja.
Usahawan akan cuba untuk mendapatkan harga yang rendah dan kualiti bahan yang baik.
Usahawan perlu mendapat kepervayaan daripada pembekal supaya proses pengeluaran tidak terjejas dan segi kualiti barangan atau masa barangan dipasarkan.
Institusi kewangan
Bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat insurans.
Membuat pelaburan kepada syarikat.
Memberi pinjaman modal untuk membiayai operasi perniagaan.
Kadar faedah dan kadar keuntungan yang dikenakan boleh menjejaskan prestasi syarikat.
Pesaing
Usahawan perlulah memahami aktiviti pesaing dan membentuk strategi perniagaan yang berkesan.
Usahawan sewajarnya mencari peluang dalam menambah pelanggan dan meluaskan pasaran.
Usahawan perlu mewujudkan strategi produk berkualiti, harga berpatutan, promosi yang menyeluruh dan perkhidmatan yang cekap bagi memberikan kelebihan dalam persaingan (Charanjit Kaur, 2014)
Persekitaran Perniagaan
Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi keputusan dan tingkah laku. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu.
Persekitaran perniagaan dalaman
Persekitaran perniagaan luaran
Persekitaran dalaman
Merupakan unsur yang paling rapat atau dekat dengan usahawan dan mampu mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung.
Sumber
Merupakan aset penting yang diperlukan bagi memastikan pengeluaran produk dapat dijalankan.
Teori Asas Sumber oleh Dollinger (1995) menyatakan 6 jenis sumber yang perlu diuruskan dengan baik oleh usahawan iaitu sumber kewangan, sumber fizikal, sumber manusia, sumber teknologi dan sumber organisasi.
Struktur
Kaedah mengorganisasikan terma komunikasi, rantaian perintah, autoriti dan aliran kerja.
Struktur organisasi yang fleksibel adalah sesuai dalam usaha penambahbaikan perniagaan yang sering terdedah kepada perubahan persekitaran yang cepat.
Budaya
Budaya amat berkait rapat dengan corak kepercayaan, jangkaan dan nilai yang dikongsi bersama ahli organisasi.
Budaya positif amat signifikan dalam membina suasana yang sihat bagi organisasi sesuatu perniagaan.
SWOT
Strength (kekuatan)
Kekuatan sebuah syarikat atau perniagaan adalah sumber daya dan kemampuan yang boleh digunakan bagi membangunkan keunggulan kompetitif. Contohnya, kos keuntungan dan reputasi yang baik antara pelanggan.
Pentadbiran organisasi yang kukuh
Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.
Weakness (kelemahan)
Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap
Pada permulaan perniagaan dijalankan, sudah tentu pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.
Kurang dikenali
Perniagaan yang baharu sahaja dimulakan merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing lain seperti syarikat atau jenama yang besar. Hal ini demikian, perniagaan baharu perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.
Oppurtunity (peluang)
Peluang perniagaan untuk dikomersialkan
Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan kek merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.
Perkembangan secara atas talian (online)
Perniagaan
online
yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.
Threat (ancaman)
Pesaing baharu
Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baharu jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Oleh itu, perniagaan baharu perlulah membina pelbagai strategi bagi memastikan perniagaan tetap menjadi pilihan utama pelanggan.
Pengaruh & kekuatan yang dimiliki pesaing
Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada perniagaan baharu untuk memasuki pasaran yang ada.