LAKARAN PERMULAAN TAMADUN CHINA DI MALAYSIA

Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun masihi iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M)

Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Srivijaya di alam Melayu pada abad ke-7.

Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui alam Melayu.

Kronologi

Zaman gemilang hubungan tamadun Melayu-China berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke-15.

Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403.

Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan alam Melayu (Melaka) itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China).

  1. Dinasti Ming -hubungan diplomatik
  1. Dinasti Han - hubungan terawal
  1. Dinasti Tang - hubungan perdagangan

Sejarah kedatangan Tamadun China ke di Tanah Melayu

Ianya bermula di Jakarta (1619) dan Singapura

Di Singapura lebih pesat pada tahun 1819 selepas pembukaannya oleh Raffles dan pada tahun 1845, hampir separuh dari penduduk Singapura ialah pendatang Cina.

Pola penduduk ini juga berlaku di pusat-pusat bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Kuching.

Mereka menjadi sumber buruh di Tanah Melayu dan merupakan modal dalam perkembangan perdagangan import dan eksport antara Barat dan Timur.

melalui hubungan perdagangan

Pendatang Cina

  • menjadi sumber buruh apabila sektor perlombongan dan pertanian komersial telah berkembang di Tanah Melayu.
  • menjadi buruh di sektor perlombongan

Contoh kawasan perlombongan ialah di Larut, Perak dan telah terdapat 40,000 pendatang Cina di sana pada tahun 1873.

tenaga buruh mereka turut digunakan di ladang lada dan gambir

Oleh: Sofea, Madihah, Natasha