Pendidikan Vernakular Tamil dijalankan oleh masyarakat India dengan membina sekolah-sekolah Tamil di ladang-ladang getah dan diuruskan sendiri tanpa sebarang bantuan daripada pemilik-pemilik estet mahupun kerajaan. Sekolah-sekolah Tamil mengalami kekurangan dari sesi kandungan kurikulum, bilangan pendidik dan sebagainya. Akibatnya, sekolah-sekolah ini tidak dapat berfungsi dengan baik dan kebanyakan pelajarnya kekal di ladang getah. Oleh itu, Negeri-negeri Melayu Bersatu memperkenalkan Undang-Undang Tahun 1923 yang mewajibkan pemilik-pemilik estet mendirikan sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Kurikulum sekolah-sekolah Tamil berlandaskan negara India, maka guru-guru dan buku-buku teks mereka berasal daripada India. Kurikulum mereka mengutamakan kemahiran 3M (mengira, membaca & menulis), ilmu alam dan kebersihan diri. Sekolah-sekolah Tamil hanya sehingga peringkat rendah.