Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN ANTARA MODEL SOSIAL DAN PERSONAL - Coggle Diagram
PERBEZAAN ANTARA MODEL SOSIAL DAN PERSONAL
DEFINISI MODEL PEMBELAJARAN PERSONAL
Model ini berpegang kepada unsur keperibadian individu.
Model-model yang terkandung cuba membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih mendalami diri, bertanggungjawab ke arah pendidikan dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.
Menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan taraf hidup masing-masing.
SOSIAL
TUJUAN
Membantu murid untuk memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan maslah-masalah dengan lebih berkesan.
Membantu mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, mengembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan menambahkan kemahiran sosial mereka.
PERLAKSANAAN
Guru hendaklah mewujudkan situasi yang mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran.
Contohnya, guru hendaklah menunjukkan pembedahan katak yang bersifat simulasi terlebih dahulu sebelum mengajar murid cara membedah katak.
Menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid.
SASARAN
Tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Mampu meningkatkan kemahira sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan, di samping dapat memberi impak terhadap pencapaian dan harga diri pelajar.
PERSONAL
FOKUS
Berfokus kepada konsep-konsep yang diutamakan oleh ahli humanistik iaitu konsep kendiri dan harga diri, sifat berdikari, kreativiti dan sifat ingin tahu.
Perkembangan domain afektif dan emosi salah satu model yang dibicarakan dalam bab ini ialah synetics.
PERLAKSANAAN
Dalam konteks bilik darjah, murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasikan prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.
Melalui sumbangsaran, murid menjadi lebih kreatif dan bebas daripada kongkongan dalam berfikir. Dengan itu, mereka akan memperoleh satu kerangka pemikiran dan perspektif baru.
Synetics direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
Penglibatan aktif juga dapat dipupuk. Maka, perhubungan sosial dan kemesraan akan terjalin.
DEFINISI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL
Merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982)