Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANG TABUK - Coggle Diagram
PERANG TABUK
Faktor Peperangan
Penentangan orang Rom bermula selepas Al-Harith bin Umair Al-Azdi, duta Nabi Muhammad SAW dibunuh oleh Syurahbil bin Amr Al-Ghassani. Beliau dibunuh apabila membawa surat Nabi Muhammad SAW kepada pemimpin utama Busra.
Selepas itu, baginda menghantar pasukan tentera Islam yang diketuai oleh Zaid bin Harithahyang berperang melawan tentera Rom dengan begitu sengit dalam peperangan Perang Muta'ah.
Operasi menuntut bela atas kematian Al-Harith bin Umair Al-Azdi masih tidak berjaya dalam menumpaskan mereka yang zalim dan bongkak. Kesannya, masyarakat Arab berasa takut sama ada mereka yang berada dekat ataupun jauh dari kawasan peperangan tersebut.
Raja Kaisar tidak membiarkan kesudahan Peperangan Muta'ah memberi kesan yang menguntungkan kepada orang-orang Islam begitu sahaja. Dia juga tidak membiarkan hasrat kabilah-kabilah Arab untuk melepaskan diri mereka daripada cengkaman dan jajahan Rom dan pakatan mereka dengan tentera Islam. Dia merasakan hal ini sangat bahaya dan melanggar sempadan empayarnya sedikit demi sedikit. Ia mebgancam kelemahan benteng Syam yang berdekatan dengan masyarakat Arab.
Maharaja Kaisar melihat perlunya menghancurkan kekuatan umat Islam sebelum mereka menjadi musuh yang lebih berbahaya yang tidak boleh dikalahkan nanti. Mereka harus dilenyapkan sebelum rusuhan dan revolusi berlaku di kawasaan masyarakat Arab yang berhampiran dengan tanah jajahan Rom.
Maharaja Kaisar mula meranang persediaan untuk menyerang orang Islam secara besar-besaran dan melancarkan pertempuran darah. Kaisar tidak menunggu sehingga setahun dan terus mempersiapkan tentera Rom dan tentera Arab yang menjadi sekutu mereka daripada kalangan Ghassan dam selain daripada mereka.
Impak Peperangan
Kepentingan persediaan secukupnya
Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yang cukup amat penting terutamanya bagi sesuatu kerja yang besar. Ini dapat dilihat apabila Rasul buat pertama kali mengumumkan destinasi peperangan, walhal dlm kempen-kempen sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yang agak lama untuk setiap mukmin bersiap siaga. Ini kerana Tabuk sangat jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.
Kepentingan berkata benar
Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar - kepada diri sendiri dan kepada pemimpin. Jawab Rasul setelah Ka’ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: ‘Inilah dia org yang jujur’. Secara tidak langsung Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasul dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.
Bai’ah berjihad dengan Allah
Kesilapan Ka’ab ialah melanggar Bai’ah berjihad dengan Allah . Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk - satu kesalahan yg sangat-sangat besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah At-Taubah, ayat 111.
Strategi Peperangan
7) Sehinggakan ada golongan yang tidak mampu dan tidak ada kenderaan terpaksa ditinggalkan. Mereka pulang dengan penuh kesedihan dan tangisan kerana tidak mampu menyumbang apa-apa dan digelarkan sebagai ‘al-Bakka’un’(orang-orang yang menangis).
Baginda bersabda,
“Dalam hal ini, aku tidak mendapat kenderaan yang dapat
membawa kalian.”
8) Kemudian, Rasulullah dikunjungi Yuhanah bin Rubbah dari Ailah dan menawarkan perdamaian dengan Baginda selain menyerahkan jizyah. Rasulullah menulis surat perjanjian dan diberikan kepada Yuhanah. Maka peperangan tidak terjadi.
6) Dengan itu, provokasi terhadap Rasulullah sedikit berkurangan dan semakin ramai umat Islam yang menyumbangkan harta mereka selain berebut-rebut untuk ikut serta dalam peperangan itu.
9) Lalu, untuk mengembalikan kedudukannya dia mengambil kesempatan itu dengan membina sebuah masjid berdekatan Masjid Quba. Tujuannya adalah untuk memecah-belahkan orang Islam dengan ada dua masjid di tempat yang berdekatan.
5) Namun, ada golongan yang sangat takut, gusar dan ragu-ragu dengan ajakan Baginda SAW. Ada yang memberi pelbagai alasan dan mencemuh ajakan itu. Tidak kurang yang menghalang umat Islam lain menyertai peperangan itu. Bahkan ada yang berterus terang menolak ajakan Baginda.
Rasulullah SAW sedar akan hal tersebut dan sangat bimbang lebih ramai penduduk Islam yang terpengaruh. Baginda SAW mengambil tindakan tegas dengan mengutuskan Talhah bin Ubaidillah menghadapi mereka. Lalu, rumah seorang Yahudi bernama Sulaim yang menjadi tempat kaum munafik berkumpul dibakar.
10) Namun, sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah, masjid ini dihancurkan oleh Baginda. Sebanyak 80 orang kaum Muslim yang tidak ikut perang memohon keampunan Rasulullah. Semua mereka dimaafkan kecuali tiga yang ditangguhkan iaitu; Kaab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi dan Hilal bin Ummayah.
4) Abdurahman bin Auf mendermakan 200 uqiyah perak, yang satu uqiyah sama dengan 40 dirham. Selain itu, Umar al- Khattab pula menyumbang setengah hartanya dan Abu Bakar memberikan semua hartanya.
11) Setelah 40 hari, hukuman mereka adalah lebih berat dengan larangan mendekati isteri mereka selama 10 hari. Pada hari ke-50, Rasulullah SAW mengumumkan penerimaan taubat mereka bertiga.
3) Ada yang menyambut seruan Baginda dengan gembira kerana keimanan mereka yang begitu mendalam dan cintakan jihad kerana Allah. Uthman bin Affan menyediakan 900 unta, 100 kuda dan 1,000 dinar.
2) Sebaik sahaja mendengar tentang serangan pasukan Rom, Rasulullah segera menyeru semua kabilah agar bersiap-siap menghadapi pasukan musuh itu. Baginda juga meminta golongan kaya menyumbangkan harta mereka untuk persiapan perang tersebut.
1) Rasulullah SAW memimpin 30,000 tentera Muslim yang menjadi pasukan teramai dalam sejarah peperangan pasukan Islam, demi melawan 100,000 tentera Rom.