Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 5 (Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik: Pemodenan & Proses…
Bab 5 (Pembangunan Ekonomi & Hubungan Etnik: Pemodenan & Proses Pembangunan Negara)(Muhammad Luqman Bin Mohd Nazar, 57214221057)
5.3.1) Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960)
- Memberi tumpuan kepada 2 matlamat:
- Membangunkan sektor luar bandar
- Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar
- Dimulakan dengan memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan bagi meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga pasaran.
- Penubuhan Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) pada 1956. Ianya bagi merancang pembangunan ekonomi masyarakat desa.
- Pada tahun 1966, RIDA ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ianya berperanan menggalakkan, membimbing, melatih, dan membantu bumiputera dalam pelbagai bidang sosial dan Pendidikan serta ekonomi dan pelaburan.
- MARA juga berperanan dalam melahirkan sebuah masayarakat pengusaha dan peniaga bumiputera yang maju dan berdikari.
- Pada tahun 1971 LKTP ditukar kepada FELDA yang ditugaskan:
- Membuka tanah baru bagi penempatan semula
- Menambah hasil pertanian
- Meningkatkan taraf penduduk luar bandar.
- Rancangan Malaya Pertama ini juga melibatkan perbelajaan berjumlah RM1100 juta. Sebanyak 44.5% digunakan untuk pembangunan ekonomi dan bakinya untuk perbelanjaan keselamatan dan pertahanan bagi menghadapi ancaman komunis.
-
-
5.3.2) Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965)
- Matlamat Rancangan Malaya Kedua:
- Mengurangkan perbezaan taraf hidup antara Kawasan.
- Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk kawasan luar bandar.
- Menyediakan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan, pelajaran serta perumahan penduduk luar bandar.
- Mempelbagai kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian sebagai tambahan kepada tanaman getah.
- Memberi tumpuan kepada:
- Menyediakan lebih banyak kemudahan asas
- Menggalakkan kepelbagaian ekonomi di Kawasan luar bandar.
- Strategi perlaksanaan diperkenalkan melalui rancangan ini adalah menggalakkan penyertaan rakyat dalam perancangan program pembangunan dan perlaksanaan serta perancangan program oleh kerajaan.
- Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi peringkat kampung yakni Bilik Gerakan. Ianya berperanan mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan segala maklumat tentang perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan.
5.3.3) Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970)
- Matlamat Rancangan Malaysia Pertama:
- Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha mengurangkan kadar pengangguran.
- Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam kalangan rakyat yang berpendapatan rendah.
- Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.
- Strategi Rancangan Malaysia Pertama:
- Melaksanakan skim pembangunan tanah di luar bandar dengan mengadakan rancangan pembukaan tanah secara besar – besaran.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur.
- Memberi bantuan kredit luar bandar untuk mengatasi masalah kekurangan modal dan mengelakkan penindasan orang tengah.
- Beberapa institusi ditubuhkan:
- Lembaga Pertubuhan Peladang
- Koperasi Luar Bandar
- Bank Pertanian Malaysia
- Dua agensi baru dibentuk:
- Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA). Ianya untuk membantu pembangunan ekonomi luar bandar yang dijalankan oleh FELDA.
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Ianya untuk menjalankan penyelidikan berkaitan pemasaran dan pengeluaran hasil – hasil tanaman kecuali getah
- Bagi memajukan bidang perindustrian, beberapa Langkah diambil:
- Meluluskan Akta Pelaburan 1968
- Menubuhkan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA)
- Memberi taraf perintis kepada industry baharu.
- Pemilikan modal dan harta yang kecil oleh pengusaha Melayu boleh disabitkan sebagai punca kemiskinan. Lanjutan kepada kelemahan ini membawa kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.
-
-
-
5.3.4) Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975)
- Rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
- Objektif Rancangan Malaysia Kedua:
- Menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
- Membasmi kemisikinan tanpa mengira kaum
- Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
- Menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkankan jurang ekonomi
- Peristriwa Rancangan Malaysia Kedua:
- Kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan
- Masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.
- Perlaksanaan Rancangan Malaysia Kedua:
- Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
- Menggalakkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dalam tahun 1990.
- Penubuhan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974
- KDNK meningkat pada kadar 7.4% setahun,iaitu lebih tinggi daripada yang dirancangkan,6.8% setahun. Pertumbuhan beberapa sektor utama seperti pertanian (2.5%),pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15%)
- Agensi yang Diwujudkan:
- Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Lembaga Petubuhan Peladang (LPP)
- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
- Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
-
-
-
-
5.3.5) Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)
- Objektif dan Matlamat Rancangan Malaysia Ketiga:
- Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baru.
- Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara
- Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga:
- Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA PADA TAHUN 1980.
- Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA DAN RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan
- Duit syiling sempena Rancangan Malaysia ketiga dilancarkan pada 13 Disember 1976.
-
5.3.6) Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985) & Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990)
- Objektif Rancangan Malaysia Keempat & Rancangan Malaysia Kelima:
- Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar
- Sektor baru diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.
- Mencapai perpaduan negara dan objektif DEB.
- Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat,perlesenan dan aktiviti ekonomi yang lain.
- Meningkatkan pelaburan asing terutamanya sektor eksport.
- Menggalakkan sektor pertanian dan luar bandar.
- Pelaksanaan Rancangan Malaysia Keempat & Rancangan Malaysia Kelima:
- Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
- Membuka kawasan perindustrian baru seperi Senawang,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas.
- Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
- Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia & Pelan Induk Industri (PIP)
- Menekankan bidang penyeledikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
- Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan dan perkapalan.
- Menubuhkan Perbadan Pelancongan Malaysia.
- Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
- Pemodalan Nasional Berhad dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) ditubuhkan pada 1981.
-
-
5.3.7) Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995) & Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)
- Kesinambungan proses pembangunan negara yang digubal untuk:
- Mengekalkan pembangunan
- Menguruskan kejayaan
- Hal ini kerana matlamat pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional sebagai lanjutan Dasar Ekonomi Baru.
- Strategi Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh:
- Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sector swasta dalam mengembangkan ekonomi
- Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta.
- Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan serta undang – undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara
- Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi lebih canggih.
- Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal.
- Latar belakang Dasar Pembangunan Nasional:
- Dilancarkan pada 17 Jun 1991.
- Lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru
- Berasaskan Jangka Panjang Kedua
- Objektif Dasar Pembangunan Nasional:
- Memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
- Mencapai pembangunan yang seimbang dalam semua sektor.
- Meningkatkan penglibatan sector swasta dalam usaha penyusunan semula masyarakat.
- Menekankan pembangunan sumber manusia
- Antara matlamat Dasar Pembangunan Nasional adalah mengurangkan dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan social dan ekonomi dalam negara. Hal ini bagi menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama daripada pembangunan ekonomi untuk rakyat Malaysia.
- Kemudahan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar menjadi lebih terjamin tanpa mengira Batasan etnik.
- Kemudahan air bersih dan elektrik luar bandar terus bertambah dalam usaha untuk mecapai sasaran membekalkan air ke seluruh negara
- Ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar pada kadar 8.7% setahun. Ianya mengatasi sasaran Rancangan Malaysia Keenam yakni 8.1%.
- Pertumbuhan yang pesat ini telah meningkatkan pendapatan per kapita yakni daripada RM 6099 kepada RM 9786 pada tahun 1995.
- Peningkatan pendapatan dan kadar inflasi yang rendah telah menyebabkan peningkatan dan perkembangan yang besar dalam kuasa beli.
- Bilangan masyarakat yang berpendapatan sederhana meningkat dengan drastik. Bilangan masyarakat yang berpendapatan rendah pula menikmati kuasa beli yang lebih tinggi.
- Guna tenaga bumiputera dalam semua kategori pekerjaan telah meningkat
-
5.3.8) Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005)
- Objektif Rancangan Malaysia Kelapan:
- Memperkukuh keupayaan,kebolehan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
- Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi.
- Pelaksanan Rancangan Malaysia Kelapan:
- Masih menekanan peningkatan aktiviti penyelidikan dan (r&d) terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi
- Dasar penswasta diperkukuhkan
- Menggalakan pelaburan asing (Fdi) terutamanya dalam sector berteknologi
- Pengenalan Program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika.
- Teras Utama Rancangan Malaysia Kelapan:
- Membina bangsa yang berdaya tahan.
- Mewujudkan masyarakat yang saksama.
- Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
- Mempertingkatkan daya saing.
- Membangunkan ekonomi berteraskan pengetahuan
- Mengukuhkan pembangunan sumber manusia.
- Strategi utama yang akan dilaksana dalam tempoh Rancangan bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara adalah seperti berikut:
- Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan memastikan dasar kewangan dan fiskal yang berhemat serta meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.
- Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi memastikan penyertaan yang seimbang di kalangan dan antara kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan serta wilayah
- Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan P&P dan sains dan teknologi (S&T).
- Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihan sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi
- Memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan proses pertumbuhan
- Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi.
- Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan.
- Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan social serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan
- Mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat murni di kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media.
-
5.3.9) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010)
- Latar Belakang Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Dibentangkan pada 30 Mac 2006.
- Objektifnya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional” dengan bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”.
- RMK-9 dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran.
- Merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara
- Strategi Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Strategi utama ialah untuk memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru.
- Terdapat lima teras utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini.
- Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara.
- Lima Teras Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
- Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif.
- Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup
- Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
- Teras Pertama Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
- Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada,
- Kerajaan juga ingin mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nano teknologi dan perkhidmatan.
- Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.
- Teras Kedua Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
- Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian.
- Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional.
- Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).
- Penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral
- Teras Ketiga Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif
- Kerajaan bermatlamat untuk membasmi kemiskinan
- Kerajaan mahu menjana pembangunan lebih seimbang serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.
- Jurang perbezaan antara golongan bandar dan luar bandar tidak terlalu jauh.
- Teras Keempat Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.
- Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain.
- Penekanan diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
- Teras Kelima Rancangan Malaysia Kesembilan:
- Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
- Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana.
- Kerajaan komited membuat penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat.
- Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam,swasta dan di kalangan masyarakat umum.
- Tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Wilayah yang terbabit ialah:
- Wilayah Ekonomi Koridor Utara
- Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar
- Wilayah Ekonomi Koridor Timur
-
5.3.10) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 – 2015)
- Dirangka untuk meneruskan usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi sejajar dengan wawasan 2020. RMK10 ini berteraskan enam bidang keberhasilan utama negara.
- Mempunyai 7 teras strategi:
- Strategi 1 – Mewujudkan ekonomi diteraju oleh sector swasta. Mempunyai beberapa inisiatif seperti memodenkan peraturan perniagaan, meliberalisasikan sektor perkhidmatan, menghapuskan gangguan pasaran melalui rasionalisasi subsidi, memperkenalkan undang-undang persaingan dan menambah baik hubungan kait di antara kerajaan dengan perniagaan.
- Strategi 2 – Menyokong pertumbuhan diteraju inovasi. Empat dimensi utama dalam pengukuhan system inovasi iaitu membentuk persekitaran bagi menyokong inovasi, mewujudkan peluang inovasi, menyediakan pemboleh inovasi dan membiayai inovasi.
- Strategi 3 – Merasionalisasi peranan kerajaan dalam perniagaan. Tiga inisiatif utama dilaksanakan bagi tujuan ini seperti meningkatkan program penswastaan, menubuhkan dana fasiliti dan mencapai keseimbangan yang sesuai antara kerajaan, GLC dan sektor swasta.
- Strategi 4 – Membangunkan EKS sebagai Jentera Pertumbuhan dan Inovasi. Bagi tujuan ini, inisiatif yang diambil adalah mengurangkan kos kawal selia yang ditanggung EKS, membina keupayaan dan kebolehan EKS, menyokong perwujudan budaya keusahawanan, mengukuhkan sistem sokongan EKS dan meningkatkan akses EKS kepada pembiayaan.
- Strategi 5 – Bersaing di peringkat global. Tumpuan yang diberikan ialah bersaing dalam pasaran global dan bersaing hebat untuk menarik modal insan cemerlang dan pelaburan asing ke Malaysia.
- Strategi 6 – Mewujudkan infrastruktur bertaraf dunia untuk menyokong pertumbuhan dan meningkatkan produktiviti. Bagi tujuan ini pelaburan berterusan dilaksanakan seperti meningkatkan penembusan jalur lebar di rumah, meneruskan usaha untuk menaik taraf infrastruktur fizikal untuk menambah baik akses dan perhubungan dan menjamin pemerolehan dan pembekalan tenaga yang efektif.
- Strategi 7 – Memberikan tumpuan kepada jentera pertumbuhan utama. Untuk mencapai matlamat ini, keutamaan akan diberikan kepada memacu pertumbuhan dan memberikan tumpuan kepada koridor.
- Dalam tempoh RMK10 ini Malaysia telah mengekalkan pertumbuhan yang stabil iaitu Keluaran Dalaman Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada kadar 5.3% setahun.
- Dalam tempoh lima tahun (2009-2014), pendapatan bulanan purata isi rumah telah meningkat pada kadar 8.8% setahun.
-
-
-
5.3.11) Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 – 2020)
- Merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat wawasan 2020 untuk menjadi negara maju. RMK11 bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’. RMK11 dilaksanakan dengan menggunakan kaedah dan rangka kerja Strategi Lautan Biru (BOS).
- Dalam konteks perniagaan, BOS merujuk penyediaan produk dan perkhidmatan yang dapat memberikan nilai kepuasan yang tinggi kepada pelanggan pada kos yang rendah.
- Golongan Sasaran RMK11:
- Belia – 45.9% daripada jumlah penduduk
- Isi rumah M40 – 2.7 juta
- Wanita – 53.6% penyertaan dalam tenaga kerja
- Kanak-kanak – 31.1% daripada penduduk berusia 18 tahun ke bawah
- Warga emas – 8.8% daripada penduduk 60 tahun keatas
- Keluarga – 4,3 orang purata saiz isi rumah
- Bumiputera – 68% daripada warganegara
- Masyarakat Luar Bandar – 26.3% daripada jumlah penduduk
- Isi rumah B40 – 2.7 juta
- OKU – 322,700 orang yang berdaftar
- Menggariskan enam teras strategik:
- Memperkukuh pembangunan ke arah masyarakat saksama
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat
- Memperkasa pembangunan modal insan
- Menuju ke arah pertumbuhan hijau
- Memperkukuh infrastruktur untuk menyokong perkembangan ekonomi
- Memperkasa pertumbuhan ekonomi
- RMK11 juga telah mengenal pasti enam pemacu perubahan untuk mempercepat pembangunan di Malaysia:
- Meningkatkan potensi produktiviti
- Meningkatkan taraf isi rumah yang berpendapatan 40% terendah\
- Mengupayakan Pendidikan dan Latihan teknikal serta vokasional
- Melaksanakan pertumbuhan hijau
- Menjana kekayaan melalui inovasi
- Melabur dalam bandar yang berdaya saing
- RMK11 telah menggariskan lima bidang fokus utama:
- A – Meningkatkan taraf isi rumah pendapatan 40% terendah
- B – Memperkasa komuniti untukmembina masyarakat yang produktif adan sejahtera
- C – Mentransformasi luar bandar untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat
- D – Mempercepat pertumbuhan wilayah ke arah keseimbangan geografi yang lebih baik
- E – Memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera.
- Bidang Fokus A: Meningkatkan taraf isi rumah yang berpendapatan 40% terendah (B40) ke arah masyarakat kelas menengah. Antara strategi yang digunakan ialah seperti berikut:
- Strategi A1 – Meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah B40
- Strategi A2 – Menanggani kos sara hidup yang meningkat
- Strategi A3 – Memperkukuh sistem penyampaian program B40.
- Bidang Fokus B: Memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera. Enam strategi bagi mencapai sasaran ini ialah:
- Strategi B1 – Mengukuhkan institusi keluarga
- Strategi B2 – Memupuk potensi belia
- Strategi B3 – Meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan
- Strategi B4 – Mendukung keperluan dan kepentingan kanak-kanak
- Strategi B5 – Meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran warga emas
- Strategi B6 – Memperkasa orang kelainan upaya
- Bidang Fokus C: Mentransformasi luar bandar untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Lima strategi utama ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut:
- Strategi C1 – Memperluas penyediaan infrastruktur asas luar bandar
- Strategi C2 – Menggalakkan lebih banyak pelaburan swasta di luar bandar
- Strategi C3 – Menambah baik hubungan luar bandar – bandar
- Strategi C4 – Menigkatkan akses kepada perkhidmatan asas
- Strategi C5 – Memperkemas sistem penyampaian
- Bidang Fokus D: Mempercepat pertumbuhan wilayah ke arah keseimbangan geografi yang lebih baik. Dua strategi yang dikenal pasti adalah:
- Strategi D1 – Kajian semula strategik pelan induk pembangunan
- Strategi D2 – Mempercepat pelaburan di koridor ekonomi wilayah
- Bidang Fokus E: Memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC) untuk meningkatkan pemilikan kekayaan. Untuk tujuan ini, lima strategi utama ditetapkan:
- Strategi E1 – Memperkasa modal insan bumiputera
- Strategi E2 – Meningkatkan penguasaan bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat
- Strategi E3 – Memperluaskan syer pemilikan kekayaan bumiputera
- Strategi E4 – Memperkasa Komuniti Ekonomi bumiputera
- Strategi E5 – Mengukuhkan keberkesanan penyampaian program berorientasikan bumiputera
-
-
5.1) Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Penjajahan
- Sistem residen diperkenalkan oleh British ke negeri" Melayu menjelang akhir abad ke-19.
- Pihak British membawa masuk pelabur asing untuk melabur di sektor ekonomi.
- Perkembangan berlaku di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh Terusan Suez yang memendekkan jarak dan masa pelayaran.
- Kedudukan negeri" Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah menarik minat kuasa Barat.
- Perkembangan ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah serta beberapa sumber galian yang lain seperti emas, arang batu, bauksit dan bijih besi.
- Pada masa yang sama berlaku kemasukan buruh secara besar-besaran terutama dari India dan Cina.
- Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, kereta api dan penggunaan kapal wap.
- Kemudahan bekalan elektrik juga disediakan.
5.1.2) Ketidakseimbangan Ekonomi antara kaum
- Disebalik perkembangan ekonomi moden yang pesat, kedudukan orang Melayu tidak banyak berubah dan masih meneruskan kegiatan ekonomi secara tradisional.
- Kegiatan ekonomi moden seperti perdagangan, perlombongan dan perladangan lebih tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu kerana terdapat sistem pengangkutan yang baik.
- Jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat semakin meluas.
- Pola perbezaan kaum ini menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum Melayu dan bukan Melayu.
- Kelembapan ekonomi pertanian menyebabkan peluang pekerjaan gagal diwujudkan berbading dengan pertambahan penduduk Tanah Melayu.
5.1.3) Ketidakseimbangan Ekonomi Bandar & Luar Bandar
- Walaupun British terlibat dalam membangunkan Tanah Melayu, tetapi usaha mereka hanya untuk menjaga kepentingan mereka sahaja.
- Kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu.
- Kesannya negara mewarisi struktur ekonomi yang disebut sebagai Dwi-ekonomi.
- Dwi-ekonomi ialah keadaan ekonomi yang bersifat moden dan pesat yang membangun di kawasan bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan di sepanjang pantai barat Tanah Melayu.
-
-
-
-
5.2) Usaha Pemulihan Ekonomi Selepas Merdeka
- Selepas merdeka, kerajaan memberi perhatian berat terhadap usaha membangunkan negara terutama kawasan luar bandar.
- Kemerosotan harga getah akibat persaingan getah tiruan memperlihatkan kelemahan struktur asas ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada dua jenis komoditi utama yakni getah & bijih timah.
- Usaha kerajaan bagi memulihkan ekonomi ialah memperkenalkan komoditi lain yakni kelapa sawit, koko, lada hitam dan kayu balak.
-