Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN REMAJA - Coggle Diagram
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN REMAJA
FAKTOR MURID
KESEDIAAN BELAJAR
Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar perlu melalui proses dimana mereka perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung.
Kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan oleh faktor seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung.
Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh diertikan dengan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakanfaktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.
MASALAH DISIPLIN
Duke 1980 menyatakan bahawa setiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan sendiri.Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak disiplin kerana mengikut kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar
Mereka mungkin melanggar peraturan-peraturan di sekolah kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah menyalahi peraturan.
Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada pelanggaran peraturan di sekolah.
MINAT
Apabila pelajar minat dengan subjek yang diajar oleh guru ianya dapat mendorong semangat mereka untuk memahami dan memberi tumpuan semasa guru mengajar.
PERANAN MURID
Sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan.
Memberikan kerjasama yang baik ketika guru mengajar dan sentiasa berkomunikasi dengan guru.
Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan mematuhi peraturan sekolah.
FAKTOR SEKOLAH
PERANAN GURU
Memastikan pelajar berada dalam suasana pembelajaran yang baik dan kondusif.
Menggunakan interaksi secara dua hala dan mewujudkan hubungan yang baik di antara pelajar dan guru.
Menggunakan pendekatan atau kaedah pembelajaran yang kreatif dan menarik agar pelajar sentiasa bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
PERSEKITARAN SEKOLAH
Mempunyai kemudahan peralatan di sekolah yang mencukupi seperti meja, kerusi dan peralatan pembelajaran yang lain-lainnya.
bahan bacaan mudah diperolehi daripada sumber di sekolah seperti perpustakaan dan kawasan pembelajaran yang sesuai.
Penyediaan kemudahan ICT dan rangkaian internet untuk memudahkan pelajar mencari maklumat.
FAKTOR KELUARGA
PERANAN IBUBAPA
Memberikan motivasi dan dorongan dalam pembelajaran anak-anak
Sentiasa peduli dengan masalah pendidikan anak-anak dan turut menyertai dalam program pendidikan yang dianjurkan pihak sekolah.
Menyokong setiap pencapaian dan usaha melalui bakat yang ditonjolkan oleh anak-anak.