Video 3
Sewaktu pulang ke rumah, anak- anak melalui rumah kaya dan miskin. Maka ayah memberikan contoh cara nombor miskin dan kaya.
Langkah 1
Mengenali NOMBOR MISKIN = 0-4 dan NOMBOR KAYA = 5-9
Langkah 2
BULATKAN kehendak soalan. Jika soalan minta Bundar kepada PULUH terdekat, BULATKAN nombor PULUH. Jika soalan minta Bundar kepada RATUS terdekat, bulat nombor RATUS
Langkah 3
Selepas itu, perlu meneliti nombor sebelah kirinya kaya atau miskin. Jika KAYA, tambah satu kepada diri, kalau MISKIN tiada penambahan atau penolakan.Selepas penambahan (+1/+0) nombor sebelah kirinya akan menjadi 0 secara automatik.
Contoh, 72 dibundarkan kepada puluh terdekat. Bulatkan nombor 7 dan memberi perhatian kepada nombor sebelah kiri, adakah 2 kaya atau miskin MISKIN, jadi tiada penambahan jawapan ialah 70.*