KAEDAH PENGAJARAN

SUMBANG SARAN

PERBINCANGAN

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

DEMONSTRASI

SIMULASI

MAIN PERANAN

PENYELESAIAN MASALAH

Sumbang saran adalah aktiviti perbincangan yang melibatkan ahli dalam kumpulan yang besar yang mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah

Terdapat beberapa prinsip teknik sumbang saran ini. Antaranya adalah topik perbincangannya haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Selain itu, prinsipnya adalah murid digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan pandangan yang baru

Perbincangan merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran dan penuturan murid

Antara elemen penting yang perlu diambil berat oleh guru adalah matlamat dan objektif, saiz kumpulan yang ideal, susun atur bilik dan sebagainya

Main merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan, mengalami sendiri atau terlibat secara tidak langsung.

Antara fungsinya adalah proses untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial. Dalam pada itu, fungsinya juga adalah untuk mencungkil bakat dan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginatif.

Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah

Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuautu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik dan sebagainya.

Teknik simulasi adalah percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya murid menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar.

Contohnya adalah permainan monopoly atau saidina yang melibatkan aktiviti jual beli melalui spekulasi yang mana dapat menggambarkannya dengan elemen kehidupan sebenar

Main peranan merupakan kaedah kumpulan yang berorientasikan proses, murid berlakon atau simulasikan situasi kehidupan sebenar.

Terdapat beberapa jenis main peranan antaranya adalah memerihal, demosntrasi, latihan, cerminan dan kepekaan

Penyelesaian masalah merujuk kepada suatu proses pembelajaran inkuiri. Penyelesaian masalah membolehkan murid mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka

Terdapat proses dalam penyelesaian masalah ini iaitu murid mengenal pasti masalah, menjelaskan isu-isu, mencadangkan cara untuk memperoleh maklumat yang diperlukan dan menilai idea-idea serta membuat rumusan.

HANIF ZAKWAN (PAI 1)