Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP MATEMATIK TAHUN 6 (NOMBOR DAN OPERASI), STORYLINE - Coggle Diagram
DSKP MATEMATIK TAHUN 6 (NOMBOR DAN OPERASI)
AHLI KUMPULAN 5
: :silhouettes:
NOR ATIRAH BINTI AHMAD (P111168)
NURUL ALIFAH BINTI TALIBALI (P112225)
NIK RAFIDAH BINTI NIK YUSOFF (P111843)
MOHAMMAD HAFIF BIN AHMAD SHUKRI (P112226)
:question:SOALAN UNTUK MURID
Apakah maksud nombor perdana?
Senaraikan nombor perdana yang anda tahu?
(Masa diberikan selama 30 saat kepada pelajar secara lisan, murid menjawab, jawapan betul akan dipaparkan di skrin)
KERANGKA
VIDEO 1 (PENGENALAN):Situasi di Rumah
*Di awal video, akan diperkenalkan 5 orang karakter iaitu 3 orang murid, seorang guru dan seorang ibu.
Ibu Suria sedang melayari perbankan dalam talian.
Suria ternampak simbol kunci mangga pada paparan perbankan dalam talian tersebut.
Suria terfikir mengenai simbol kunci mangga dan dia bertanya kepada ibunya.
Ibunya memberitahu bahawa itu ciri keselamatan yang menggunakan nombor perdana.
Suria berasa ingin tahu apa itu nombor perdana.
VIDEO 2 (KANDUNGAN 1) :Konsep Nombor Perdana
1.Pada keesokan harinya, Kumar dan Suria berjalan-jalan di sekitar sekolah.
Loceng berbunyi. Kumar dan Suria masuk ke dalam kelas.
Cikgu Nik memberi salam kepada murid-murid. Kawan Suria, Anis bertanya mengenai nombor perdana.
Suria teringat situasi yang berlaku di rumahnya semalam.
Cikgu Nik menerangkan tentang maksud nombor perdana.
Beberapa contoh diberi.
VIDEO 3 (KANDUNGAN 2): Nombor Perdana : Kaedah Sieve Of Eratosthenes
Cikgu Nik menerangkan bagaimana mengenali nombor perdana melalui kaedah Sieve of Eratosthenes (Kotak 100) kepada murid-murid.
Cikgu Nik memberi contoh bagi nombor-nombor perdana yang lain menggunakan kaedah Sieve of Eratosthenes
VIDEO 4(RUMUSAN)
Cikgu Nik memberikan latihan nombor perdana sebagai pengukuhan.
Anis dan Kumar menjawab latihan dan adanya soal jawab antara mereka dengan guru.
Suria membuat kesimpulan bagi pengajaran dan pembelajaran.
STANDARD KANDUNGAN 1.2 NOMBOR PERDANA
STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 (i) Mengenal pasti nombor perdana dalam lingkungan 100
OBJEKTIF
Menyatakan maksud nombor perdana.
Mengenalpasti nombor perdana.
AKTIVITI
Guru memaparkan video animasi Powtoon.
Ulasan oleh guru berkaitan dengan animasi nombor perdana.
Murid menjawab soalan melalui aplikasi kahoot.
Murid melengkapkan latihan secara bertulis.
Murid membuat kesimpulan pengajaran dan pembelajaran hari ini.
:check: HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat mengenal pasti nombor perdana dalam lingkungan 100
Menyenaraikan nombor perdana dalam lingkungan 100.
TEORI PEMBELAJARAN
TEORI KONSTRUKTIVISME
1.Membina pengetahuan baru
2.Pengetahuan baru adalah hasil daripada pengalaman yang sedia ada.
MODEL REKA BENTUK INSTRUKSI
MODEL ASSURE
Analyse learner (Analisis pelajar) : :silhouette: Murid tidak dapat mengenal pasti nombor perdana. :
State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran): :check: Murid dapat menyatakan maksud nombor perdana dan mengenal pasti nombor perdana.
Select media and method (Pilih media dan kaedah) : :pencil2: Memilih video menggunakan aplikasi
Powtoon
dan
kaedah Sieve of Eratosthenes
.
Utilise media and method (Guna media dan kaedah): :pen:
Video digunakan di dalam kelas dan menggunakan
kaedah Sieve of Eratosthenes
.(Kotak 100)
Require learner response ( Respons pelajar) : : :silhouettes:
Murid menjawab kuiz menggunakan
Kahoot
.
Evaluate (Nilai bahan) : :!: Menilai bahan dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid.
STRATEGI PEMBELAJARAN
Berpusatkan Bahan
STORYLINE