Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Pengajaran - Coggle Diagram
Kaedah Pengajaran
Simulasi
Simulasi ialag satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal yanmg sengaja diwujudkan dalam situasi yang sebenar
Melalui teknik ini murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi -isi penting.
murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Melalui tekni ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis
Teknik ini dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Demonstrasi
Demontrasi atau tunjuk cara adalah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji
Kaedah ini melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu secara sendiri berbanding dengan perkara yang mereka dengar atau lihat.
Teknik ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan.
Teknik ini membolehkan murid menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan ingatan murid terhadap sesuatu perkara.
Penyelesaian Masalah
Strategi penyelesaian maslaah ini ialah suatu proses inkuiri iaitu murid mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka.
Kaedah dan teknik penyelesaian masalah ini memerlukan murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah
Aktiviti seperti membimbing murid memahami masalah mengingat semulapengalaman lalu seterusnya memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikannya.
Peranan guru dalam teknik ini adalah mewujudkan persekitaran yang membolehkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti kelas atau penerokaan internet
Sumbangsaran
Sumbangsaran merupakan aktiviti perbincangan iaitu ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah
Setiap ahli digalakkan memberikan idea dan idea tersebut akan dikaji dengan teliti.Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan
-
Perbincangan
-
Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran.
Kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mentalmurid supaya dapat menyumbangidea dan pandangan secara sistematik.
Belajar Sambil Bermain
Konsep main dapat dijelaskan sebagai “tingkah laku dinamik, aktif,dan konstruktif telah disebatikan dalam diri kanak-kanak
Konsep main merupakan satu keperluan dalam alam kanak-kanak dari peringkat bayi hingga peringkat remaja
Kebanyakan individu masih mengingati pengalaman bermain semasa dibangku sekolah . Pengalaman tersebut masih meninggalkan perasaan kegembiraan, kebebasan, dan emosi yang menenangkan jiwa. Sebenarnya dari segi perspektif psikologi, kesemua perasaan ini menimbulkan kesediaan kognitif kepada individu tersebut untuk belajar pada tahap optimum. Oleh itu pendidik seharusnya membawa keseronokan ini ke dalam bilik darjah.