Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN - Coggle Diagram
KAEDAH PENGAJARAN
SUMBANGSARAN
Satu aktiviti perbincangan iaitu ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah.
-
Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan.Keputusan yang dicapai merupakan hasil daripada sesi sumbang saran.
-
PERBINCANGAN
-
Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran.
Kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mentalmurid supaya dapat menyumbangidea dan pandangan secara sistematik.
Orlich, et. al. (2007) berpendapat bahawa perbincangan merupakan teknik yang dapat meningkatkan kemahiran dan pemikiran murid.
BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Konsep main dapat dijelaskan sebagai “tingkah laku dinamik, aktif,dan konstruktif telah disebatikan dalam diri kanak-kanak.
Konsep main merupakan satu keperluan dalam alam kanak-kanak dari peringkat bayi hingga peringkat remaja” (Brewer, 2001:144).
Dari segi perspektif psikologi, kesemua perasaan yang hadir ketika bermain akan menimbulkan kesediaan kognitif kepada individu tersebut untuk belajar pada tahap optimum.
DEMONSTRASI
-
Kaedah tunjuk cara adalah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid melalui pengajaran yang disampaikan melalui praktikal.
Kaedah ini melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu secara sendiri berbanding dengan perkara yang mereka dengar atau lihat.
Teknik ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan.
SIMULASI
Satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal yang sengaja diwujudkan dalam situasi yang sebenar.
Melalui teknik ini murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi -isi penting.
Dalam proses ini murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
-
PENYELESAIAN MASALAH
-
-
Teknik ini berasaskan falsafah konstruktivisme iaitu murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
Kaedah dan teknik penyelesaian masalah ini memerlukan murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah.
MAIN PERANAN
Aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.
Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.