Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BINAAN PLOT, NILAI, GAYA BAHASA, PENGAJARAN, LATAR, PENGENALAN, TEKNIK…
BINAAN PLOT
PERMULAAN
Kisah bermula dengan perubahan sikap Kamarul yang menjadi perhatian ibu dan rakan-rakannya. Saridah juga telah menegur Kamarul tentang perubahan sikapnya itu.
PERKEMBANGAN
Kamarul telah ponteng latihan dan banyak berlatih bersendirian. Tindakan Kamarul telah menimbulkan kerunsingan Encik Kadir selaku jurulatih olahraga pasukan kebangsaan.
KONFLIK
Kamarul mula berani melawan jurulatihnya dengan mengatakan bahawa dengan latihan sendiri itu tidak mengganggu kecergasannya. Kamarul juga telah berani mencabar Encik Kadir agar melatih Sures yang sedang meningkat maju dalam olahraga.
KLIMAKS
Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital.
PELERAIAN
Kamarul mula sedar akan kesilapannya dan kembali berlatih serta berdisiplin. Akhirnya, dia berjaya meningkatkan kecergasannya semula dan menjadi johan dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
NILAI
Bertanggungjawab
Adibah juga cuba mengambil tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga cuba untuk menyelesaikan masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atlet-atletnya.
-
-
-
Kerajinan
Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang ke latihan pusat.
Kasih Sayang
Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.
Kesabaran
Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan Kamarul.
Keinsafan
Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital.
Hormat-menghormati
De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah mengalahkannya dalam lumba lari.
Keyakinan
Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya.
GAYA BAHASA
-
-
-
-
-
-
-
Repetisi
Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.
-
-
-
TEKNIK PLOT
a) Teknik Pemerian
Kebiasaannya selepas sarapan, Kamarul akan membaca akbar. Dia meneliti berita perkembangan sukan tanah air dan luar negara. Lazimnya sukan olahraga yang menjadi tumpuannya. (hlm. 1-2)
-