Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2 : KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK - Coggle Diagram
BAB 2 : KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
2.1.1 DEFINISI MASYARAKAT
masyakat merujuk kepad sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki sebuah kawasan yang khas dan merasai kewujudan mereka sebagai satu entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang lain.
masyarakat merupakan sebuah intitusi kompleks.
Intitusi merupakan praktis yang mantap untuk mengawal pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosial.
Dengan kata lain, ia merupakan satu set kepercayaan yang dikongsi bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial.
Contoh : perkahwinan, kurikulum pendidikan, ritual keagamaan dan kerajaan.
2.1.2 TAHAP-TAHAP MASYARAKAT
Tahap Keluarga - unit yang terdiri daripada sekumpulan orang dalam bilangan yang kecil dan berhubung rapat antara satu sama lain.
Tahap komuniti - kumpulan manusia atau orang yang mempunyai sifat-sifat yang serupa dan tinggal di sesuatu daerah atau negara.
Tahap negara bangsa - seseorang tidak dapat mengelakkan diri darpda menjadi ahli kepada satu unit yang lebih besar iaitu negara bangsa yang muncul sejak abad ke 19 dan ke 20.
Tahap global - hubungan antara satu negara bangsa dengan negara bangsa yang lain menjadi semakin penting dan berlaku dalam suatu proses yag dikenali sebagai globalisasi.
2.1.3 MASYARAKAT MAJMUK DAN PLURALITI BAHARU
Konsep masyarakat majmuk dikemukan oleh J.S Furnivall (1948)
konsep ini merujuk kepada masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu sistem politik.
Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Furnivall ialah
a) kewujudan campuran manusia yang mengamalkan cara hidup yang berlainan.
b) mereka hanya bergaul di tempat perniagaan seperti pasar.
c) mereka hidup berdamping tetapi berasingan dalam satu unit politik yang sama.
d) terdapat pembahagian tugas atas garis perkauman.
Konsep masyarakat majmuk menurut Smith (1965)
Smith berpendapat bahawa pembentukan masyarakat melalui dasar konflik dan paksaan bukannya atas dasar nilai bersama.
Konsep masyarakat majmuk menurut Van de Berghe (1967)
membezakan kemajmukan sosial (yang wujud apabila masyarakat dipecahkan kepada kelopok korporat atas dasar bukan budaya)
Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Van de Berghe ialah
a) ketiadaan permuafakatan (konsensus) nilai.
b) kepelbagaian kebudayaan.
c) wujud konflik antara kelompok lain.
d) wujud autonomi atau kebebasan antara bahagian sistem sosial.
e) dominasi politik oleh satu golongan tertentu.
2.1.4 ETNIK, RAS DAN IDENTITI ETNIK
Marshall (1994)
kumpulan etnik mempunyai ciri-ciri kebudayaan dari aspek agama,pekerjaan,bahasa atau politik yang membezakan mereka daripada kumpulan individu yang lain dalam sesuatu masyarakat
Istilah ras digunakan untuk mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri-ciri fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.
Banton (1987) terdapat tiga jenis teori yang biasa digunakan
a) Ras sebagai keturunan.
percaya bahawa semua manusia berasal daripada keturunan Adam dan Hawa.
Setelah disingkirkan dari Syurga dan akibat daripada bencana Alam seperti banjir besar, manusia telah berpecah dan akhirnya mewujudkan pelbagai jenis keturunan dan ras yang berlainan.
b) Ras sebagai jenis.
telah wujud sejak awal zaman awal yang disebabkan bencana alam ataupun tindakan Tuhan.
Setelah penulisan Nott dan Gliddon, Types of Mankind diterbitkan di Philadeiphia pada tahun 1854 idea ini telah berkembang.
Idea ini bukan sahaja menegaskan terdapat jenis manusia yang berlainan dan berbeza kelakuan.
Kumpulan itu juga bermusuhan secara semula jadi antara satu sama lain.
c) Ras sebagai subspesies.
Teori ini berdasarkan hujah Charles Darwin yang menerangkan perbezaan antara manusia dengan menggunakan teori evolusi melalui bukunya ( On the Origin of Species (1859) )
Menurut teori ini, manusia merupakan spesies yang mengalami proses pilihan semula jadi.
Satu konsep penting yang berkaitan dengan konsep ras ialah rasisme ( racism ).
Hughes et al. ( 2002 ) konsep ini telah wujud pada dua tahap iaitu individu dan intitusi.
Tahap individu
( rasime ialah kepercayaan bahawa ada ras tertentu yang berstatus lebih unggul ataupun superior dan berstatus lebih rendah iaitu inferior )
Bergantung kepada dua idea iaitu :
1) Manusia boleh diklasifikasikan mengikut ras tertentu.
2) Ras ini mempunyai perbezaan keturunan dari segi keupayaan, sikap, kecerdikan, kelakuan sosial dan kebudayaan.
Tahap institusi
( rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan bersifat diskriminasi yang akhirnya mewujudkan kesan ketidaksamaan kepada manusia daripada ras yang berlainan, manakala rasisme intitusi tersirat dalam struktur sosial )
Identiti etnik ( ethnic identity ) merupakan identiti yang bersifatkan kebudayaan dan bukan bersifat biologikal.
Konsep ini merujuk kepada keahlian dalam sesuatu kumpulan kebudayaan yang didefinisikan mengikut ras, sejrah, pengalaman, agama dan bahsa yang dikongsikan bersama-sama.
2.1.5 MINORITI
Sejak tahun 1930 an, istilah minoriti digunakan untuk merujuk kumpulan sosial yang tertindas disebabkan ciri etnik, ras, biologikal dan sebagainya.
Louis Wirth mendefinikan kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaan yang diasingkan daripada orang lain dalam masyarakat, menerima layanan yang tidak sama rata dan dilihat sebagai objek untuk didiskriminasikan secara kolektif.
Menurut Kinloch (1974) kumpulan minoriti mengalami penindasan dan diskriminasi dalam masyarakat.
Dibahagikan mengikt ciri seperti berikut :
a) Fizikal iaitu ras, jantina dan umur.
b) Kebudayaan iaitu agama dan etnisiti.
c) Ekonomi iaitu kelas sosial.
d) Tingkah laku iaitu devian.
2.1.6 STEREOTAIP, PRASANGKA DAN DISKRIMINASI
Stereotaip berasal daripada dua perkataan Greek iaitu stereos yang bermaksud kukuh dan typos yang bermakna tanda.
Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dan sebagainya yang baharu atau asli ( Kamus Dewan, 2005 )
Stereotaip juga menunjukkan gambaran dan fikiran yang sempit dan tidak atau sukar berubah.
Prasangka merupakan sikap atau tanggapan yang laimnya bersifat negatif terhadap satu kumpulan manusia atau ras yang lain atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai ciri atau kualiti tertentu.
Terdapat tiga komponen iaitu kognitif, afektif dan kelakuan.
Diskriminasi merupakan satu aksi atau kelakuan. Ia terjadi apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat sosial yang lain.
Ia juga bereti layanan yang berlainan diberikan kepada individu atau kumpulan disebabkan faktor ras, agama dan jantina.
Diskriminasi berkait rapat dengan prasangka.
Hubungan kedua-dua konsep ini dapat diterangkan berdasarkan kenyataan berikut :
a) Prasangka boleh wujud tanpa diskriminasi.
b) Diskriminasi boleh wujud tanpa prasangka.
c) Diskriminasi boleh menjadi salah satu asbab wujudnya prasangka.
d) Prasangka dan diskriminasi lazimnya saling menguatkan antara satu sama lain.
2.1.7 INTEGRASI DAN INTEGRASI SOSIAL
Integrasi wujud dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk identiti dan asal usul ras mereka.
Ia juga melibatkan akulturasi (acculturation) iaitu satu proses yang melibatkan perubahan kebudayaan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi.
Ia juga melibatkan asimilasi (assimilation) yang merupakan satu proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti kehilangan indentiti kumpulannya dan diserapkan oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial.
Asimilasi mutlak boleh dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=A
A mewakili golongan dominan. B dan C mewakili kumpulan etnik yang lain, biasanya kumpulan minoriti.
Dalam proses ini, kumpalan minoriti (B+C) dikehendaki melupakan ciri kebudayaan dan identiti etnik mereka dan menerima nilai serta pola tingkah laku kumpulan dominan (A).
2.1.8 PLURALISME KEBUDAYAAN
Pluralisme kebudayaan boleh diwakili dengan formula A+B+C = A+B+C
Menurut Horace Kallen, pluralisme kebudayaan berkisarkan dalam tiga saranan utama seperti :
a) Hak manusia terhadap warisan psikofizikalnya. Menurut beliau, manusia boleh menukar pakaian, politik, agama,falsafah malah isterinya tetapi manusia tidak dapat menukar nenek moyangnya.
b) Setiap kebudayaan boleh memberikan sumbangan yang positif dan bernilai terhadap kebudayaan masyarakat
c) Idea demokrasi dalam erti kata ' semua manusia dilahirkan sama rata' memberikan implikasi bahawa perbezaan nyata wujud dalam kalangan manusia.