Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMIKIRAN KEBAHAGIAAN MENURUT ARISTOTLE DAN IBNU MISKAWAYH: SATU ANALISIS…
PEMIKIRAN KEBAHAGIAAN MENURUT ARISTOTLE
DAN IBNU MISKAWAYH: SATU ANALISIS AWALAN
PERBANDINGAN
:
Persamaan
Kedua-duanya berpendapat kebahagiaan sebagai matlamat akhir dalam kehidupan manusia.
Mempunyai pandangan yang sama iaitu melalui konsep kebaikan tertinggi.
Kebaikan seperti kekayaan, kesihatan, keseronokan bukan kebahagiaan sebenar.
Kekayaan hanya fokus kepada harta material seperti wang, rumah dan sebagainya.
Keseronokan lebih mendekati ciri kehaiwanan.
Kesihatan untuk mendapatkan tubuh fizikal yang kuat.
Fungsi akal
Seseorang mencapai tujuan terakhir dengan menjalankan fungsinya dengan baik iaitu akalnya (Aristotle).
Lebih memperincikan perbincangan akalnya dengan membahagikan akal kepada dua bahagian iaitu:
Kebaikan intelektual: dapat menyempurnakan akal.
Kebaikan moral: akal menjalankan pilihan yang perlu dalam kehidupan seharian.
Fungsi yang khusus dan meletakkan kesempurnaan seseorang terletak pada perbuatannya yang berpandukan akal (Ibnu Miskawayh).
Perbezaan
Kerangka kebahagian.
Ibnu Miskawayh lebih bersifat spiritual.
Kepentingan jiwa dan hati yang bersih sebagai syarat dan cara memperoleh kebahagiaan.
Aristotle lebih menbincangkan pencapaian kebahagian hanya dalam bentuk keduniaan sahaja.
Menekankan kebahagiaan dengan aspek politik.
Konsep pertengahan
Penerus kepada perbincangan fungsi akal (Aristotle).
Fungsi akal hingga segala tingkah laku harus berpandukan dengan jalan tengah.
Tidak memperincingkan fungsi akal hingga terbitnya perbincangan mengenai konsep pertengahan (Ibnu Miskawayh).
Lebih menumpu kepada kesempurnaan sesebuah perbuatan seseorang.
Seseorang dapat menjalankan fungsinya dengan baik, jika dia telah
mencapai sesuatu tujuan dan menjustifikasikan konsep pertengahan dalam kehidupannya
(Aristotle)
.
Hikmah dan penyucian jiwa merupakan 2 perkara penting untuk mendapatkan kebahagian
(Ibnu Miskawayh)
.
HASIL DAN PERBINCANGAN
Eudaimonia Dan Aristotle
Maksud
Eu
bermaksud baik/kesejahteraan,
Daimon
bererti doh atau dewa kecil yang menggambarkan keuntungan melimpah-limpah
Konsep kebahagiaan dalam konteks masyarakat Yunani Klasik
Tujuan utama dalam kehidupan sepatutnya menjadi pilihan akhir manusia.
Eudaimonia Sebagai Tujuan Utama
Aristotle
Kebahagiaan adalah tujuan utama dan akhir bagi manusia
Asas Pembahagiaan Tujuan
Dipilih untuk mencapai tujuan lain
Ingini semata-mata untuk tujuan
Eudaimonia
Kebaikan Tertinggi
Bersifat pencapaian yang
terakhir dan tidak wujud lagi kebaikan lain
Mestilah sesuatu kebaikan yang jelas dan hanya terdapat
pada manusia
Tertumpu kearah manusia dan ini hanya boleh dicapai oleh manusia dan bukan makhluk yang lain.
Eudaimonia Dan Fungsi Nalaran
Akal adalah keunggulan yang ada pada manusia berbanding makluk lain
Aristotle meletakkan keupayaan manusia untuk mencapai kebahagiaan disebabkan kelebihan adanya akal.
Akal digerakkan oleh 2 kebaikan iaitu kebaikan intektual dan kebaikan moral.
Kebaikan intelektual adalah untuk menyempurnakan akal manakala kebaikan moral adalah bermaksud akal menjalankan pilihan yang perlu dalam kehidupan
Nalaran bermaksud akal.
Eudaimonia Dan Kesederhanaan
Konsep Kesederhanaan Aristotle ialah kesederhanaan memimpin manusia melalui jalan yang lurus daripada terjebak dengan bahaya-bahaya yang ada di sekelilingnya.
Konsep Kesederhanaan dicapai melalui akal yang daripada mengenalpasti di antara kebaikan dan keburukkan dengan mengambil jalan tengah di antara2 sifat iaitu kurang dan terlalu banyak.
Phronesis dianggap sebagai penetu terhadap apa jua bentuk kesederhanaan tertentu.
Rumusan Konsep Kebahagiaan Menurut Aristotle
Aristotle membuat kesimpulan dimana kebahagian sahaja merupakan matlamat akhir manusia. Beliau menegaskan bahawa kebahagiaan bukanlah satu nama perasaan atau emosi seperti yang dianggap oleh orang ramai.
Aristotle banyak menekankan kebahagiaan dengan aspek politik yang diambil kira dalam masyarakat Yunani Klasik 59indak yang mengutamakan politik sebagai tangungjawab setiap warganegara.
tiga ciri yang boleh diterima dalam kerangka kehidupan 59indakan iaitu dimana kebahagiaan mampu memrasakan : keseronokan, aktiviti politik dan sentiasa merenung atau berfikir.
Aristotle membuat rumusan akhir menyatakan bahawa apabila manusia mampu menjalankan fungsinya dengan baik, dan mencapai tujuannya dalam hidup, dengan mengabungkan segala aspek yang telah dinyatakan, maka seseorang itu sudah mencapai kebahagiaan.
KEBAHAGIAAN MENURUT IBN MISKAWAYH
Hubungan Kebahagiaan Dengan Kebaikan
Ibnu Miskawayh mendifinisikan kebahagian (al-sa'adah) sebagai kebaikan terakhir dan tertinggi dalam hidup setiap manusia di muka bumi ini. Kebaikan terakhir dimaksudkan dimana tidak ada lagi rasa atau kebaikan lain yang diperlukan selepas kebahagiaan.
Kebaikan dan kebahagiaan mempunyai kaitnya dengan jiwa (nafs), dimana ianya bersifat fizikal dan kebaikan luaran.
Kebaikan bersifat luaran seperti pengetahuan, sains, hikmah dan keseluruhan subjek falsafah.
Contoh dari fizikal pula seperti kecantikan, kesihatan dan krakter yang baik yang mempengaruhi jiwa seseorang.
Ibnu Miskawayh menafikan bahawa keseronokan, kesihatan, kekayaan, kemegahan dianggap sebagai pilihan akhir hidup setiap manusia.
Keseronakan tidak akan dirasai berpanjangan dan akhirnya dikhuatiri bertukar menjadi salah satu elemen 60indaka.
Kehormatan juga tidak dapat dihubungkan dengan kebahagiaan kerana ianya tidak mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap hidup manusia.
Kekayaan dan kesihatan hanya dicapai kerana demi mendapatkan sesuatu seperti kekayaan dan kemegahan dengan harta. Manakala kesihatan pula demi mendapatkan tubuh yang kuat.
Fungsi Nalaran
kebahagiaan manusia terkandung di dalam kesempurnaan akalnya dan akal mempunyai dua jenis iaitu teoritikal dan praktikal
Semua kewujudan di dunia ini sama ada haiwan, tumbuhan, atau apa saja bentuk atau elemen seperti api, air, udara dan tanah punyai fungsi khusus masing-masing (Ibnu Miskawayh 1977).
Demi mencapai kebahagiaan, manusia merupakan kewujudan yang terbaik dalam mempraktikkan fungsi khusus tersendiri
Kaedah Mencapai Kebahagiaan Ibn Miskawayh
menggabungkan kebahagian luaran, kerana kebahagiaan dirasakan jiwa tak akan lengkap
kebahagian adalah berbentuk fizikal dan spritual
meletakkan kepentingan jiwa dan hati yang bersih
dengan meninggalkan kepentingan dunia, iaitu perkara bersifat badani dan hanya mengambil berat tentang jiwanya dengan menyucikan hati dari keindahan duniawi
mempelajari dan memperoleh sebahagian daripada hikmah atau ilmu pengetahuan
LATAR BELAKANG
Kebanyakan kajian kebahagiaan Aristotle lebih memfokuskan perbincangan dari aspek secara sekular dalam ciri psikologi dan sifat manusia seperti yang disebut Muhammad Abul Quasem (1975).
Banyak kajian analisis yang menyentuh dan membincangkan mengenai konsep kebahagiaan Aristotle dan Ibn Miskawayh dihasilkan secara berasingan.
Melalui kajian Alparslan Açikgenç (2008), konsep etika Aristotle dibincangkan menerusi kacamata Islam secara umum.
Mohsen Joshanloo (2013) turut membincangkan aspek kebahagiaan Barat menerusi perspektif hedonisme dan kebahagiaan Aristotle secara ringkas.
Kebahagiaan secara berasingan seperti Mohd Nasir Omar di dalam beberapa artikelnya seperti Islamic Social Ethics: An Analysis of Miskawayh’s Thought (2016) membincangkan bagaimana mencapai kebahagiaan menurut Ibn Miskawayh
kajian ini adalah perlu bagi memahami eudaimonia secara bukan Barat khususnya menurut perspektif falsafah akhlak Islam.
PENDAHULUAN
Kebahagiaan adalah topik utama yang dibincangkan dalam semua agama dan sistem etika.
Perbincangan kebahagiaan tidak sama bagi kesemua sistem pemikiran, sama ada di dalam sistem etika falsafah Yunani klasik dan Islam.
Konsep kebahagiaan dianalisis menerusi dua tokoh iaitu
Aristotle, ahli falsafah Yunani klasik.
Ibnu Miskawayh, ahli falsafah akhlak Islam
Persoalan yang selalu dikaitkan dengan matlamat tertinggi kehidupan manusia seperti kesihatan, kekayaan, wang, dan ilmu sering disalah erti sebagai kebahagiaan.
KESIMPULAN
Konsep kebahagian telah dibincangkan sejak dahulu dan dikemaskinikan oleh Aristole secara sistematik.
Perbncangan kebahagian diteruskan secara teratur pada masa Ibnu Miskawayh.
Kebahagian Ibnu Miskawayh lebih bersandarkan kepada asas akhlak Islam.
Konsep eudaimonia Aristotle dan kebahagian Ibn Miskwayh kelihatan selari dengan ajaran Islam, seperti memberi perhatian terhadap fungsi nalaran serta memahami kebaikan dan keserdahanaan.
METODOLOGI
Kajian tekstual, melalui analisis makna dan metode kebahagiaan, digunapakai dengan pengumpulan data bersumberkan karya Aristotle dan Ibn Miskawayh.
Pengumpulan maklumat yang berbentuk data yang berkaitan subjek kajian seperti bahan yang berkaitan falsafah akhlak terutamanya karya Aristotle yang membincangkan mengenai konsep kebahagiaan dan ilmuwan Islam.
Kaedah interpretasi digunakan beserta analisis data yang dibuat secara induktif dan deduktif.
Hasil dirumuskan melalui proses induktif dan deduktif bagi memperjelas konsep kebahagiaan yang dibincangkan oleh kedua tokoh tersebut.
Sumber rujukan dikumpulkan bertumpu kepada Nicomachean Ethics karya Aristotle dan Tahdhib al-Akhlaq karya Ibn Miskawayh untuk mendapatkan maklumat secara keseluruhan mengenai falsafah akhlak secara umumnya dan perbincangan konsep kebahagiaan secara khususnya melalui Aristotle dan Ibnu Miskawayh.
Hasil akan dilihat tentang aspek elemen persamaan dan perbezaan pemikiran kebahagiaan menurut Aristotle dan Ibn Miskawayh.