Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEDAGOGI MASA KINI - Coggle Diagram
PEDAGOGI MASA KINI
FLIPPED CLASSROOM
.
Amalan kaedah dan teknik pengajaran yang boleh disyorkan kepada guru guru ialah 'Flipped Classroom" alau bilik darjah songsang. Bilik darjah songsang ialah suatu konsep pedagogi yang situasi pengajarannya di kelas dan tugasan/kerja rumah adalah disongsangkan.
Model pedagogi ini memerlukan murid menonton pengajaran guru dalam bentuk video pendek di rumah dahulu sebelum mereka ke bilik darjah.
Aktiviti semasa dalam bilik darjah dimanfaatkan untuk perbincangan, soal jawab, latihan,
projek atau sumbang saran untuk menyiapkan lembaran kerja.
Inti pati pendekatan flipped ini ialah murid perlu menonton klip video yang disediakan olch guru di rumah
seterusnya dihantar secara atas talian (online) atau diberi melalui peranti seperti CD.
Bahan yang disediakan perlu mudah dicapai dan ditonton. Seterusnya, guru dan murid berinteraksi secara ilmiah tentang bahan yang disediakan itu.
BLENDED LEARNING
.
Pembelajaran Adunan (Blended Learning) ialah salah satu kaedah pendidikan formal yang boleh dikaitkan dengan pendidikan abad ke-21 ini.
Pembelajaran ini berteraskan aktiviti digital dan atas talian yang membantu murid untuk belajar sebahagian daripada kandungan muridnya di samping menghadiri kelas seperti biasa.
Kaedah ini masih mempunyai pengajaran di bilik darjah, diadun dengan aktiviti pembelajaran media digital seperti interaksi guru murid, penghantaran maklumat, arahan dan bahan pembelajaran.
Jadi di sini akan dibincangkan berkaitan pembelajaran adunan dan perkaitannya dengan subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah.
PROJECT BASED LEARNING
.
pembelajaran berasaskan projek ialah pengajaran berpusatkan murid supaya mereka berpeluang menerokai kehidupan nla sebenar dan juga untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri.
Sebagai contoh, jika seseorang murid mempelajari fakta likta berkaitan dengan keusahawanan, mungkin dia akan memahaminya secar akademik.
Namun begitu, jika murid itu mampu melaksanakan sesuatu projek seperti memulakan dan menguruskan tajuk keusahawanan sendiri maka pengalaman yang diperoleh pasti dapat membantu murid itu mengasah kemahiran yang mungkin berguna dalam hidup dewasanya nanti.
Sesuatu projek yang baik boleh memberikan murid kesempatan untuk membangunkan kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis dan inovatif serta kebolehan memanfaatkan teknologi yang akan berguna untuk membantu meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.
INQUIRY BASES EDUCATION
.
Proses pembelajaran berasaskan inkuiri melibatkan corak pedagogi di mana murid memahami sesuatu aspek melalui tafsiran soalan atau tugasan yang diberikan.
Kemudian, murid mencari maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu permasalahan yang berlaku di persekitaran pembelajaran mereka.
Pembelajaran berasaskan inkuri ini adalah suatu lonjakan yang membantu guru untuk membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti menganalisis, mensintesis, menilai dan mereka cipta
Murid dipupuk dan dilibatkan untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan inkuiri ini dengan teknik mencapah
pemikiran dan mempelajari strategi-strategi yang berkesan untuk
menemui jawapan melalui aktiviti-aktiviti siasatan bagi mendapat perubahan tingkah laku.
-