Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aktiviti 2: Faktor dan cara negara Barat menyibarkan hegemoni barat ke…
Aktiviti 2: Faktor dan cara negara Barat menyibarkan hegemoni barat ke seluruh dunia
Faktor pertama: Revolusi perindustrian
Disebabkan pekembangan Revolusi Perindustrian di Eropah, maka hegemoni Barat dari segi ekonomi pun wujud.
Bagi memastikan bahan mentah seperti biji timah, getah dan rempah ratus yang berterusan kepada perusahaan kilang, maka kuasa Eropah mengambil langkah untuk menguasai negara-negara yang kaya dengan bahan mentah ini seperti Tanah Melayu.
Kawasan yang dikuasai oleh kuasa Eropah juga dijadikan tempat pemasaran barangan kilang mereka.
Biji timah diperlukan untuk proses pengetinan makanan. Getah digunakan untuk menghasilkan tayar.
Semua kuasa Barat berusaha untuk menguasai negara-negara yang kaya dengan bahan mentah. Contohnya, British ingin menguasai perdagangan kayu jati di Myanmar kerana kayu jati diperlukan untuk pembuatan kapal dalam masa yang sama, Prancis juga ingin menguasai Myanmar
Faktor kedua: Imperialisme Barat (politik:meluaskan empayar, meningkatkan imej, ingin disanjungi dan dihormati)
Salah satu punca pengaruh hegemoni Barat semakin meluas adalah disebabkan imperialisme, di mana ia merupakan suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia.
Maka, kuasa Barat mengambil tindakan seperti polis dunia yang kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia.
Mereka merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh kuasa Barat, yang boleh mengancam dunia.
Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka.
Sumber rujukan =
Hegemoni dan Globalisasi Barat
Cara pertama
Media
Cekap mengumpul, mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat
Media Barat seakan berperanan sebagai mahkamah antarabangsa yang menjatuhkan hukuman walaupun tiada bukti yang kukuh
Negara dan masyarakat Islam seringkali dijadikan sasaran penyebaran berita-berita palsu
Kesannya, berlaku perselisihan faham, peperangan dan kejatuhan ekonomi
Imej Islam turut dihina dan dimomokkan dengan perkara-perkara yang menakutkan
Contohnya, kemiskinan, kongkongan, penindasan dan keganasan antarabangsa
Maklumat-maklumat seringkali diolah dan ditokok tambah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu
cara kedua
ekonomi
mengeksplotasi ekonomi negara tanah jajahannya
Brtish dan Belanda menguasai bijih timah diTanah Melayu dan Indonesia.
Belanda pula menindas rakyat Indonesia melalui Sistem Tanaman Paksa
sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya
dilaksanakan di seluruh dunia.
Revolusi perusahaan di eropah, menyebabkan Britain memerlukan bahan-bahan mentah.
Britian memerlukan tanah jajahan yang dapat memenuhi keperluan itu.
Cara ketiga
Hak Asasi Kemanusian
Hak Pertama, Kehidupan
Kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak
untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.
Hak Kedua, Kebebasan
Kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa
sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain
Hak Ketiga, Kebahagiaan
Mengejar kebahagiaan , sebenarnya kebebasan untuk
mengumpul harta dan memilih sesuatu mengikut kepentingan individu.
Perjanjian
Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).
Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)
a. Sebab:
i. Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah.
ii. Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.
iii. Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.
iv. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.
b. Syarat-syarat:
i. British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain.
ii. Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing tanpa persetujuan kerajaan British.
iii. British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.
c. Kesan-kesan
i. Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU
ii. NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.
Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.
a. Sebab:
i. Kebimbangan campur tangan kuasa asing
ii. Peranan Frank Swettenham
iii. Kegiatan R W Duff di Kelantan
b. Syarat-syarat :
-Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.
-Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.
c. Kesan-kesan:
. Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan itu. Sultan Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu.
b. Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.
Perjanjian Bangkok 1909
Sebab-sebab:
i. Pakatan Inggeris – Perancis 1904.
ii. Kebimbangan campurtangan asing yang lain.
iii.Pembatalan hak-hak wilayah asing.
iv.Masalah kewangan Siam.
Syarat-syarat:
i. Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
ii. Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.
iii. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.
Kesan:
NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.
Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU.
Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu.
Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu