Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI SUAMI SOLEH DALAM MENJAMIN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA - Coggle…
CIRI-CIRI SUAMI SOLEH DALAM MENJAMIN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA
MEMILIKI HATI YANG LEMAH LEMBUT
Suami selalu berusaha mengubati hati isteri-isterinya apabila ia terluka.
Ubati luka itu dengan kata-kata indah, senyuman tulus serta hadiah-hadiah yang menyenangkan.
MENJAGA RAHSIA RUMAHTANGGA
Suami yang soleh mengetahui tentang kewajipan menjaga rahsia terutamanya rahsia rumahtangga.
Islam melarang keras suami isteri menceritakan rahsia rumah tangga mereka kepada orang lain.
MENTAATI PERINTAH ALLAH
Suami soleh dan isteri solehah hendaklah selalu bekerjasama dalam menegakkan ketaatan kepada Allah SWT serta saling menasihati dalam mencari reda Allah.
Sesungguhnya bekerjasama dalam ketaatan dan ibadah khususnya seperti solat, zikir, sedekah dan lain-lainnya memiliki pahala yang agung dan kesan positif dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
MEMULIAKAN KELUARGA ISTERI
Suami yang baik ialah suami yang memuliakan isteri dan memuliakan kedua mertuanya serta kerabat dan sahabat-sahabatnya.
Kunjungilah keluarga isteri, selalu bertanya khabar mereka dan membantu bila mereka memerlukan.
Suami perlu faham bahawa ibu dan bapa mertua adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.
MEMBERI NASIHAT TERHADAP ISTERI
Suami yang soleh hendaklah mampu mendidik dan mengajar isterinya dengan ilmu-ilmu yang bermanafaat seperti ilmu tentang halal dan haram, ilmu kekeluargaan, ilmu feqah, akhlak , fiqhud dakwah dan ilmu kemasyarakatan.
MEMILIKI RASA CEMURU NAMUN TIDAK DAYUS
Sifat seorang lelaki soleh adalah memiliki rasa cemburu kepada isterinya kerana itu mengisyaratkan cinta dan tinggi nilai isteri dihatinya.
Seorang yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap kehormatan isterinya dengan membiarkan isterinya bersolek, membuka aurat, bercampur bebas dengan lelaki bukan mahram merupakan seorang yang dayus dan layak untuk mendapat azab ysang pedih di akhirat nanti.
MEMILIKI SIFAT SABAR DAN SOPAN SANTUN
Sebuah keluarga biasanya akan mengalami goncangan dan masalah. Jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Dengan berbekal sifat sabar segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.
MEMILIKI SIFAT PEMAAF
Suami perlu memiliki jiwa pemaaf kerana Allah SWT telah menghendaki wanita bersifat seperti dari tulang rusuk yang bengkok. Banyak masalah akan dapat diselesaikan sekiranya suami bersifat pemaaf.