Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU - Coggle Diagram
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Maksud
Rangkap 1
Baginda sultan menitahkan orang besar berempat untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam tanpa henti.
Rangkap 2
Pembinaan istana baginda itu menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.
Rangkap 3
Di dalam istana itu, ada tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya.
Rangkap 4
Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina.
Rangkap 5
Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri
Nilai
Nilai Tanggungjawab
Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota. Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan empat puluh empat tukang yang pandai, bekerja tidak berhenti siang dan malam
Nilai Kegigihan
Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala kelengkapannya. Istana itu sangat besar dan mempunyai Sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi.
Nilai Ketelitian
Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti. Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang berbega
Pengajaran
Kita mestilah patuh kepada arahan ketua.
Kita mestilah patuh kepada
arahan ketua
Kita haruslah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi
Kita mestilah rajin dalam melakukan setiap pekerjaan.