Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CERPEN : HIPERTENSI - Coggle Diagram
CERPEN : HIPERTENSI
Plot
Permulaan
Aiman merenung lereng bukit dari celah jemarinya.Lereng bukit itu terhakis dan runtuh menimpa sebuah banglo.Dia teringat dan teori graviti dan suasana di kelas ketika Cikgu Faridah mengajarnya.
Perumitan
Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibunya tidak berani menghalang.Ketika dirotan, Aiman berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia.Kemudian dia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan seterusnya ke bulan.Setelah melihat persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman berasa sangat terasing dan mahu segera pulang.Aiman yang berangan-angan ke angkasa lepas berada di pucuk kelapa dara.
Perkembangan
Suasana di dalam kelas sewaktu Aiman dan rakan sekelasnya belajar.Cikgu Faridah mengelarnya profesor disebabkan kepintarannya, ketinggian daya berfikirnya dan kematangannya berbanding dengan murid-murid yang lain.Walaupun Aiman bijak, tetapi dia suka memberontak dan bersikap angkuh. Dia menganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja sekolah. Dia juga memandang rendah kepada rakannya yang gagal menjawab soalan.Aiman dipanggil oleh pengetua kerana menimbulkan masalah di sekolah.
Klimaks
Dia berharap ibu dan ayahnya menyambut kepulangannya dengan gembira.
Aiman berasa sedih kerana keluarganya tidak harmonis disebabkan sikap garang dan bengis ayahnya.
Peleraian
Aiman teringatkan bisikan ghaib yang mengajaknya mendekati Ilahi.Aiman berdoa dengan penuh harapan ke hadrat Ilahi tatkala melihat kemusnahan lereng-lereng bukit.Dia insaf dan bertekad untuk terus berusaha mencapai impiannya.
Nilai
Nilai keberanian – Aiman berani memanjat pokok kelapa dara hingga ke pucuk kerana membayangkan dirinya menaiki kapal Soyuz.
-
Nilai keinsafan – Aiman insaf setelah mendengar bisikan yang menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.
-