Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI PENGAJARAN - Coggle Diagram
STRATEGI PENGAJARAN
STRATEGI BERPUSATKAN GURU
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang pemting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar.
Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan uijan dan peperiksaan.
Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.
Contoh :
strategi pemusatan guru adalah seperti syarahan, demontrasi dan bercerita.
STRATEGI BERPUSATKAN MURID
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing murid supya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan kepada mereka.
Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakan memberi pendapat mereka Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.
Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah kumpulan.
Contoh :
kaedah dan teknik pengajaran dalam stretegi pemusatan murid adalah seperti projek, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, dan kumpulan kecil.
STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran
Komunikasi dan interaksi berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran
Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran , murid dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan alat bantu mengajar.
Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna menarik serta berkesan.
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji.
Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar.
Contoh :
Penggunaan bahan /sumber sebagai strategi pengajaran adalah seperti komputer, internet, slaid dan gambar, peta, serta carta.
STRATEGI BERPUSATKAN TUGASAN
Strategi berpusatkan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan murid dalam aktiviti/tugasan yang memberi peluang kepada murid untuk memilih atau mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.
Menurut J. Dewey (1910), melalui aktiviti murid, intelek, rohani, sosial, dan jasmani mereka dapat dikembangkan dan murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara yang praktik.
Contoh :
aktiviti membaca, menulis, bermain, berbincang dan lain-lain.