Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 4 (Perlembagaan Malaysia dan Hubungan Etnik)(Muhammad Luqman Bin Mohd…
Bab 4 (Perlembagaan Malaysia dan Hubungan Etnik)(Muhammad Luqman Bin Mohd Nazar, 57214221057)
4.1) 3 Ciri Umum Perlembagaan a) Prinsip Asas (Fundamental)
- Perlembagaan menggariskan prinsip" asas tentang corak pemerintahan, kuasa perundangan, kebebasan asasi dan lain" perkara mengenai pentadbiran negara dan hak" yang diperuntukkan kepada rakyat.
b) Kedudukan Tinggi (Supreme)
- Undang" menjadi undang" tertinggi negara.
- Undang" & peraturan yang digubal tidak boleh bertentangan atau melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
c) Kukuh (Rigid)
- Perlembagaan tidak boleh diubah atau dipinda dengan sewenangnya
- Kecuali mengikut prosedur yang telah digariskan oleh perlembagaan.
4.1.2) Jenis dan Peranakan Perlembagaan a) Perlembagaan Bertulis
- Undang" perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu kanun atau naskhah.
b) Perlembagaan Tidak Bertulis
- Undang" perlembagaan tidak terkumpul dalam satu kanun atau naskhah
- tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi, keputusan makhamah, akta Parlimen dan pandangan para ilmuan undang".
- Sebagai contoh, tuntutan harta sepencarian bagi pasangan suami isteri yang bercerai
- Perlembagaan di Malaysia ini ada sesetengah yang bercanggah dengan Islam
- Makhamah syariah tidak boleh jalankan hukuman hilang nyawa dan hukuman balas sedangkan dalam Islam terdapat hukum tentang Hukum Qisas
-
4.2) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai langkah awal British untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat tempatan secara berperingkat sebelum satu pilihan raya umum diadakan untuk memberi taraf berkerajaan sendiri.
- Pada 27 Julai 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan dalam pilihanraya itu
- Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
- Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
-
4.2.1) Suruhajaya Reid
- Untuk merangka perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu sebagai usaha awal ke arah kemerdekaan.
- Walaupun terdapat hak istimewa orang Melayu, tetapi orang bukan Melayu masih ada peluang untuk bersaing untuk medapatkan sesuatu yang diingini seperti harta dan tanah.
- Tetapi orang bukan Melayu tidak boleh menerima hak sama rata dengan orang Melayu.
- British mencadangkan untuk melaksanakan Gagasan Malayan Union. Ianya ditentang oleh orang Melayu daripada NGO (KMS & GPMS) dan Parti Politik seperti UMNO (1946) selaku pertubuhan Melayu melalui demonstrasi besar-besaran.
- Hal ini kerana Gagasan Malayan Union berhasrat untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, Raja" & agama Islam.
a) Keanggotaan
- Pengerusi (Lord Reid)
- Ahli Suruhanjaya (Sir Ivor Jennings, Sir William McKell, Hakim Bin Malik & Hakim Abdul Hamid)
b) Tujuannya adalah menggubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.c) Syarat" Rujukan
- Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
- Mengekalkan hak dan kedudukan Raja" Melayu
- Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu.
- Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam
- Menubuhkan negara yang berasaskan prinsip demokrasi.
d) Key Points
- 1955 = Pilihanraya Umum pertama
- 1956 = Suruhanjaya Reid (Undang")
- 1957 = Kemerdekaan Malaysia
-
-
4.2.2) Memorandum Perikatan dan Tolak Ansur antara Kaum 1956 - 1957 a) Ciri yang terkandung dalam Memorandum Parti Perikatan
- Pengekalan empat unsur tradisi Melayu yang diwarisi dari zaman pra - penjajahan:
- Raja
- Agama Islam
- Bahasa Melayu
- Kedudukan Istimewa orang Melayu
4.2.3) Ciri" Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayua) Ciri" Struktur Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu:
- Ketua Negara ialah YDPA yang dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu yang memegang jawatan itu dalam tempoh 5 tahun.
- Terkadang berlaku kurang drpd lima tahun. Antara faktornya adalah sakit, mangkat dan meletakkan jawatan.
- Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dari kalangan parti yang mempunyai bilangan anggota majoriti dalam Dewan Rakyat.
- Badan Perundangan pada peringkat pusat yang mengandungi dua dewan yakni Dewan Rakyat & Dewan Negara.
- Ketua Perlembagaan pada peringkat negeri adalah Sultan atau Gabenor. Manakala Ketua Kerajaan ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
- Setiap negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun.
b) Syarat Kaum Bukan Melayu sebagai Kewarganegaraan
- Mereka telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
- Mereka yang dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka
- Parti Hisbul Muslimin atau PAS tidak setuju dengan kerakyatan secara besar besaran. Hal ini kerana Malaysia tidak sebesar Rusia dan akan terjadi penindasan terhadap kaum Melayu.
- Mereka berumur 18 tahun ke atas, dilahirkan di Persekutuan dan bermastautin selama 5 tahun daripada 7 tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah setia
- Mereka yang dilahirkan 21 tahun ke atas dan dilahirkan di luar Persekutuan, tetapi bermastautin selama 8 tahun daripada 12 tahun yang terdahulu, boleh bertutur Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
c) Peruntukan Bahasa
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, namun pembelajaran dan penggunaan bahasa ibunda kaum" lain secara umumnya tidak dilarang.
- Bahasa Melayu adalah medium bagi urusan rasmi
- Urusan Umum atau Publik juga perlu digunakan dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh ialah taklimat yang disertai oleh masyarakr majmuk.
- Bahasa Jawi juga adalah bahasa kebangsaan, tapi ia tidak boleh dipaksakan.
- Bahasa Inggeris terus digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.
-
-
4.3) Kandungan Perlembagaan Persekutuan
- Mengandungi 183 Perkara dalam 15 Bahagian
- Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada 31 ogos 1957.
- Negara baharu ini telah diisytiharkan sebagai Malaysia pada 16 September 1963 setelah kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan.
- Perlembagaan Persekutuan mengandungi tiga aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain:
- Semangat
- Peruntukan
- Perlaksanaan Perlembagaan
-
-
4.4) Perlembagaan Persekutuan Sebagai Kontrak Sosial antara Kaum.
- Kontrak Sosial merujuk permuafakatan yang dicapai sebelum merdeka antara pemimpin Parti Perikatan yakni UMNO,MIC & MCA
- Dengan adanya kontrak sosial, maka rundingan ke arah kemerdekaan dapat berjalan dengan lancar dan teratur melalui semangat permuafakatan
-
4.4.1) Unsur" Tradisi dalam Perlembagaan sebagai Kontrak Sosial
- Perlembagaan Persekutuan 1957 telah mengekalkan:
- pemerintahan beraja
- mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- Islam sebagai agama persekutuan
- Kedudukan istimewa orang Melayu
a) Pemerintahan Beraja
- Selepas merdeka, Insitusi pemerintahan beraja terus dikekalkan sebagai satu daripada ciri kepeibadian Melayu dalam sebuah negara yang baharu.
b) Agama Islam
- Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus diperlihara dan Islam dijadikan agama Persekutuan yang termaktub di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
c) Bahasa Melayu
- Selepas merdeka, berasaskan faktor sejarah, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan, tanpa menghalang kaum lain untuk menggunakan bahasa ibunda masing".
d)Kedudukan Istimewa Orang Melayu
- Persuruhjaya Tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah bagi kaum" yang lain.
-
4.4.2) Unsur" Tradisi dan Kepentingan Sah Kaum" Lain sebagai Perkara Sensitif yang Dilindungi oleh Undang"
- Pengalaman tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah membangkitkan satu kesedaran bahawa unsur" tradisi dan kepentingan sah kaum" tidak seharusnya dijadikan modal politik oleh pihak" tertentu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan.
- Mempersoalkan peruntukan berhubung dengan kedaulatan Raja" Melayu, bahasa kebangsaan, penggunaan bahasa ibunda kaum" lain, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lain, serta kepentingan sah kaum" lain dan kewarganegaraan yang ditakrifkan sebagai isu sensitif adalah dilarang sama sekali dari segi undang"
-
4.4.3) Isu" Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnika) Kebebasan Beragama
- Dari segi undang", pekerjaan, jawatan, perniagaan dan pemilikan harta, perlembagaan juga melarang seseorang warganegara dibezakan antara satu sama lain atas sebab berlainan agama.
- Orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama lain kepada orang Islam.
b) Kebebasan Bersuara
- Kebebasan bersuara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada semua rakyat telah dihadkan dan hanya tertakluk kepada perkara" yang tidak bersifat menghasut, menfitnah atau mencerca makhamah, serta melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
c) Kebebasan Berhimpun & Berpesatuan
- Semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
- Kebebasan untuk berhimpun tertakluk kepada undang" berikut:
- Seksyen 141 - 160 Kanun Keseksaan
- Akta Pertubuhan 1966
- Akta Perhimpunan Aman 2011
d) Kebebasan Diri
- Kebebasan daripada ditahan secara tidak sah
- Hak, jika di tangkap, untuk diberitahu secepat yang boleh alasan penangkapan
- Hak untuk berunding dengan peguam dan dibela olehnya.
- Hak untuk berdiam diri jika dia di bawah tahanan
e) Hak Sama Rata
- Perkara 8(1) yakni semua orang adalah sama di sisi undang" dan berhak mendapat perlindungan yang sama.
- Perkara 8(2) memperuntukkan bahawa warganegara tidak boleh dibezakan atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
- Perkara 8(3) melarang perbezaan mengutamakan mana" orang atas sebab dia adalah rakyat Raja di sesebuah negeri.
f) Keabdian & Kerja Paksa
- Tidak seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
- Setiap kerja yang dilakukan oleh seseorang mesti dibayar kepadanya kadar upah tertentu yang dipersetujui antara majikan dan pekerja.
g) Hak Berkenaan Pelajaran
- Tidak boleh ada perbezaan terhadap mana" warganegara hanya disebabkan oleh agama, kaum, keturunan atau tempat tinggal dalam pentadbiran mana" institusi pendidikan.
h) Perlindungan daripada Undang" Jenayah yang Berkuatkuasa Kebelakangan dan Perbicaraan Berulang
- Perkara 7(1) memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang" pada masa perbuatan itu dilakukan.
i) Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
- Tidak ada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam Persekutuan
j) Hak Terhadap Harta
- Setiap orang berhak untuk memiliki harta dan jika hartanya diambil oleh kerajaan untuk kepentingan negara, maka pampasan yang sewajarnya hendaklah dibayar kepadanya.
-
-
4.4.4) Kewarganegaraan a) Tempat Lahir (Jus Soli)
- Syarat" kepada seseorang yang dilahirkan selepas September 1965.
- Salah seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara
- Salah seorang ibu bapanya orang yang tinggal bermastautin secara kekal di Malaysia
- Dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana" negara.
b) Undang" Keturunan Darah (Jus Sangunuis)
- Seseorang yang dilahirkan luar Malaysia hanya boleh jadi warganegara dengan syarat:
- Bapanya dilahirkan di Malaysia
- Bapanya berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada peringkat pusat atau negeri.
- Kelahirannya didaftar de Pejabat Konsul Malaysia ataupun dengan kerajaan Malaysia dalam tempoh satu tahun selepas kelahirannya, atau dalam tempoh yang lebih panjang, tertakluk kepada kebenaran daripada kerajaan.
c) Perkahwinan
- Seseorang wanita asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia
- Wanita asing boleh didaftarkan sebagai warganegara dengan syarat:
- Telah bermastautin di Persekutuan selama dua tahun sebelum permohonan dibuat dan berniat untuk kekal dalam Persekutuan.
- Berkelakuan baik
d) Bermastautin
e) Percantuman Wilayah
- Perkara 22, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa jika sebarang wilayah baharu diterima masuk ke dalam Persekutuan, Parlimen boleh menentukan orang yang akan menjadi warganegara sebab perkaitan mereka dengan wilayah itu dan tarikh mula mereka menjadi warganegara.
f) Melalui Cara Masukan
- Seseorang yang diterima menjadi warganegara melalui cara masukan hendaklah mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan sebelum diberi sijil kewarganegaraan.
-
-
-
4.4.5) Kewarganegaaan & Kepentingan dari Sudut Etnik
- Hak Keistimewaan sebagai Warganegara Malaysia
- Memegang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan kerajaan
- Menikmati kebebasan asasi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
- Menerima segala faedah dan kebajikan dari negara
- mendapat perlindungan dan pertolongan dari negara