Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (PBK) - Coggle Diagram
PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (PBK)
DEFINISI PBK
Pendekatan pembelajaran kontekstual yang berteraskan teori konstruktivisme
Pengajar mengaitkan bahan subjek yg dipelajari dengan dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dlm kehidupan harian mereka sbgi pekerja dan ahli masykt.
Pendekatan PdP iaitu aktvt tempat kerja diintegrasikan dengan pembelajaran di dalam kelas
PdP kontestual dpt mmbantu pelajar untuk memperkaitkan pglmn d luar mreka dgn pmblajaran di dalam kelas
Pendekatan yg berbeza dgn kaedah PdP secara tradisional di dlm bilik darjah kerana proses pmbljran PBK melibatkn pmbljran persekitrn tmpt kerja secara langsung iaitu pembelajrn melalui kerja, pembelajaran utk kerja dan pmbljran di tmpt kerja
Pendekatan pmbljran yg merangkumi pengalaman bekerja di mana pljr melalui proses pmbljaran di institusi dn menimba pglaman serta aplikasi kemahirn dlm industri yg berkaitan dgn apa2 yg diperlukan dlm alam kerja sebenar
KENAPA PBK?
Bagi menghasilkan pndidikan yg berkesan untuk sediakan indv yg berkemahiran serta memenuhi kemahiran industri, maka suatu pmbljran hasil kerjasama industri diperlukan
Sistem pendidikan perlu mmberikan suatu bentuk asas pendidikan yg berkesan sbgi prsediaan utk menempuh alam pkerjaan dn perlu dimotivasikan spy mereka mncpai potensi sebenar mereka
Kaedah ini mempraktikkan pgthuan yg dipelajari dlm bilik kuliah dgn operasi kerja sbnar di industri. Maka, ianya dapat mengurangkan jurang perbezaan di antara teori yg dipelajari di institusi pendidikan dgn praktikal di tempat kerja sbnar.
Mewujudkn sinergi antr pgtahuan, bekerja dn belajar dan aplikasi pgthuan praktikal dlm situasi kerja sbnar.
PELAKSANAAN PBK DI KV: ON-JOB-TRAINING (OJT)
Proses pembelajaran yg dilaksanakan melalui PBK adalah dengan menerusi pengalaman melaksanakan kerja yang sebenar di tempat kerja. Menerusinya, pelajar mendapat pgthuan melalui cara2 pmbljran dengan memahami konsep, prinsip serta melakukan praktikal terhdp konsep. Bermakna, pljr didedahkn dgn pglman baru melalui pemerhatian, pemantapan konsep serta pengalaman melaksanakan praktikal yg baru di tempat kerja.
Latihan industri merupakan program kurikulum pendidikan yg dilaksanakan di KV. Pelajar semester 8 diwajibkn menghadiri latihan industri.
Pembelajaran berasaskan kerja juga dikenali sebagai latihan industri (LI) juga dikenali sbgi OJT di KV, kini menjadi salah satu strategi pendidikan utama di dunia. Bagi menghasilkan pendidikan yg berkesan utk mghasilkn indv yg berkemahirn serta memenuhi kemahiran yg dipelrukan industri, maka suatu pmbljran bersama industri perlu diwujudkn.
Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional, antra inisiatifny adalah kolaborasi dengan industri. MOU di KV.
OJT adalah wajib bagi pelajar Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di semua KV. Latihan dlm suasana pekerjaan sbnar di agensi krjaan atau swasta dn wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh empat bulan setelah tamat semester lapan seperti terkandung dlm KSKV.
Meletakkan pljar ke dlm satu komuniti kerja di mana mereka dpt menimba pengalaman baru ketika berada dlm bidang tersebut. LI merupakan suatu latihan yg mmberi ruang kpd pelajar untuk membentuk unsur2 penambahbaikan dlm aspek sprti disiplin diri, bekerja mengikut peraturan kerja yang sebenar, melaksanakan tugas scr berkumpulan serta menyediakn diri dengn prncgn kerjaya slps selesai pgjian di institusi pendidikan.
PELAKSANAAN PBK DI KV: PEMBELAJARAN MENGUASAI LATIHAN DALAM KELAS (BAHAN SIMULASI PERABOT BEKAL SDN BHD)
Pelajar menggunakan alat bantu kerja (working aid) dlm pmbelajarn menguasai latihan dlm kelas. Bermakna, PBK juga boleh dijalankan di suasana persekitaran bangunan sekolah seperti di KV.
Bermakna, pembelajaran berlaku di tempat kerja juga wajar dipraktikkan di dalam kelas untuk mendapat kemahiran yg sama. Pelajar KV harus mengamal bentuk pmblajaran yg berlaku di tempat kerja di dalam kelas agar kemahiran yg sama dpt dikuasai.
Kemahiran vokasional yg kompeten trhasil dari interaksi yg dinamik di antara pmbljran di dalam kelas dan pembelajaran di tempat kerja. Pmbljran dlm kelas selalunya akan mempengaruhi pmbljran di tempat kerja dan seterusny menggalakkan penyertaan aktif dan berkesinambungan dlm aktiviti pembelajarn.
PBK memungkinkan kandungan ilmu dan kemahiran yg dibekalkan kepada murid sentiasa dipertingkatkan dan diselaraskan supaya menepati keperluan baharu dalam industri, perniagaan dan msykt. Maka, sebagai guru perlu mempertimbagkan untuk menggunakan pelbagai teknik pengajaran sesuai dgn tempat pembelajaran pelajar yg berbeza bagi meningkatkan kesan dalam pengajran dan latihan.
Melihat kepada komposisi pendidikn di KV yg memakan masa selama 4tahun, pembelajaran dlm kelas adalah selama 32 bulan berbanding dgn latihan di tempat kerja yg hanya selama 4 bulan sahaja. Masa yg singkat di tempat kerja menjalani latihan industri masih tidak mencukupi untuk mengambil manfaat maksima aktiviti pembelajarn di tempat kerja. Oleh itu, aktiviti yg menyerupai pembelajaran di tempat kerja hndaklah diamalkan di dalam kelas supaya impak pembelajaran di tempt kerja juga boleh didapati dari pembelajaran di dalam kelas melalui pemahaman pembelajarn berasaskan proses pekerjaan.