Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERISTIWA PERANG UHUD DAN PENGAJARAN - Coggle Diagram
PERISTIWA PERANG UHUD DAN PENGAJARAN
PENGENALAN
:<3:Perang Uhud merupakan perang kedua yang terjadi antara kaum Muslim di Madinah dan kaum Quraisy.
:<3:Perang Uhud berlangsung pada 3 Hijrah atau 625 Masihi.
PUNCA TERCETUSNYA PERANG UHUD
:<3:Kecemburuan kaum Quraisy terhadap perkembangan Islam di Madinah.
:<3:Keinginan kaum Quraisy untuk menghilangkan dominasi Nabi Muhammad SAW di kawasan Madinah.
:<3:Keinginan balas dendam dari Abu Sufyan dan kaum Quraisy atas kekalahan mereka pada Perang Badar.
KRONOLOGI
4.
Dalam perjalanan menuju Uhud, Abdullah bin Ubay melakukan pengkhianatan kepada pasukan muslim. Ia membelot kepada pasukan muslim dengan membawa 300 pasukan, sehingga pasukan yang pada awalnya berjumlah 1,000 telah berkurang menjadi 700 prajurit sahaja.
5.
Nabi Muhammad SAW menyeru kepada pasukan muslim untuk tetap fokus pada Perang Uhud dan membiarkan masalah pengkhianatan tersebut.
3.
Pada 13 Syawal tahun 3 Hijrah, Nabi Muhammad dan pasukannya mengadakan musyawarah untuk membahas strategi dalam Perang Uhud. Dalam musyawarah tersebut ditetapkan bahawa pasukan Muslimin akan melakukan perang di luar kota Madinah demi keamanan masyarakat Madinah.
6
. Perang Uhud berlangsung selama lebih kurang tujuh hari. Pada awalnya pasukan muslim mampu membuat kaum Quraisy tergugat dan mundur, namun kemunduran mereka hanya sebahagian dari strategi.
2.
Di sisi lain, kaum Muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhammad membawa lebih kurang 1,000 pasukan gabungan dari kaum-kaum di Madinah.
7.
Kaum Quraisy kembali melakukan serangan dengan mendadak sehingga pasukan Muslimin terkepung dari seluruh penjuru. Kaum Muslimin berusaha untuk mempertahankan posisi dan melindungi Nabi Muhammad SAW dengan sekeras mungkin hingga mengakibatkan ramai yang terkorban termasuk sahabat dan keluarga Nabi sendiri.
1.
Kaum Quraisy membawa lebih dari 3,000 pasukan yang terdiri dari 200 pasukan berkuda, 700 pasukan berkenderaan unta dan selebihnya adalah pasukan pejalan serta pasukan pemanah.
8.
Perang Uhud berakhir ketika Khalid bin Walid menyuruh pasukan Quraisy untuk mundur dan mengumumkan kemenangan mereka.
PENGAJARAN
Mengatur Strategi Asas Kemenangan.
:red_flag:Kehebatan dan kepantasan Rasulullah SAW dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas kepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada menyampaikan dakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah Allah terus berada di tempat yang tertinggi.
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
:red_flag:Pasukan pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW di atas bukit Uhud terdiri daripada 50 orang, bilangan tersebut tidak sampai 10% daripada keseluruhan tentera Islam yang terdiri dari 700 orang. Namun kesan daripada perpecahan dan ketidaksepakatan tersebut amat besar sehingga mempengaruhi keseluruhan barisan tentera Islam ketika itu.
:red_flag:Sungguh, perpecahan dan perbalahan tidak akan menatijahkan apa-apa hasil melainkan kesan yang buruk dan merosakkan.
Ujian Kecederaan Rasulullah SAW.
:red_flag:Dalam peperangan Uhud, Rasulullah SAW sendiri telah cedera. Ia boleh memberi peransang kepada para pendakwah agar bersabar menghadapi segala cabaran yang menimpa mereka di jalan Allah sama ada berbentuk kesakitan tubuh badan, sekatan kebebasan dengan dipenjara, ditangkap ataupun dihukum mati mahupun dibunuh.
Keberanian Rasulullah SAW.
:red_flag:Posisi Baginda berada di barisan hadapan dalam setiap pertempuran dan penglibatan Baginda dalam kancah peperangan bersama tentera Islam menjadi dalil dan bukti bahawa jawatan kepimpinan hanya disandang oleh seorang yang berani dan tetap teguh pendiriannya.
Kehebatan Wanita Dalam Mempertahankan Islam
:red_flag:Dalam peperangan Uhud keteguhan Nasibah, Ummu 'Amarah bersama suami dan anak-anaknya mengelilingi Rasulullah SAW ketika pertahanan tentera Islam bolos, menjadi salah satu bukti penglibatan besar wanita Islam dalam mempertahankan perjuangan Islam.
Patuh Kepada Arahan Pemimpin.
:red_flag:Tentera bawahan dan penyokong dakwah tidak boleh melanggar arahan pemimpin yang tegas lagi berpandangan jauh dalam sesuatu perkara yang diputuskan oleh Beliau.
Jauhi Sifat Tamak
:red_flag:Tamak kepada harta rampasan perang dan lain-lain habuan kebendaan akan membawa kepada kegagalan seterusnya kekalahan. Ini berlaku apabila para pemanah meninggalkan posisi mereka lantaran untuk merebut harta rampasan perang.
Menghormati dan Mengasihi Pemimpin.
:red_flag:Sikap waspada tentera bawahan terhadap keselamatan nyawa pemimpin mereka merupakan tindakan yang diputuskan oleh keinginan untuk mencapai kejayaan dalam pertempuran dan dakwah. Seseorang pemimpin perlu menerima keputusan itu kerana hidupnya bererti hidupnya dakwah. Kehilangan nyawanya pula bererti kekalahan dalam pertempuran dan dakwah.