Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
TEORI DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP TEORI
teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan
merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang meberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapat maklumat
pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklafisikasikan kepada empat mazhab yang utama : 1. behavioris 2. kognitif 3. sosial 4. humanis
Teori Behavioris
diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
teori pembelajaran ini kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan.
ujian memfokuskan kepada perhubungan antara rangsangan dan gerak balas.
secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya.
Teori Kognitif
Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku.
teori ini bertumpu kepada cara pembelajaran seperti celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkatgeorian.
manusia memiliki struktur kognitif dan semasa proses pembelajaran otak akan menyususn segala maklumat di dalam ingtan.
Teori Sosial
menggabungkan teori behavioris bersama dengan kognitif. teori ini juga dikenali sebagai teori perlakuan model.
albert bandura mengatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan.
aspek pemerhatian pelajar dan peniruan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
Teori Humanisme
pembelajarn manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.
Carls roger menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain.
proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.
MODEL ROBERT GLAZER
maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
objektif pengajran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar
kaedah mengajar dipilih berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar dan objektif pengajran
membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen :
objektif pengajaran 2. pengetahuan sedia ada pelajar 3. kaedah mengajar 4. penilaian
MODEL SIM
proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif.
berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi.
menekankan perhubungan yang baik antara guru dan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
menekankan juga kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio ekonomi dan budaya pelajar.
MODEL TABA
Penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
penyusunan maklumat dalam proses pengajran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini.
merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.
MODEL LATIHAN TERUS
satu model pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah.
model ini meransang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berproseduryang memerlukan kemahiran asas atau komprehensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajran langkah demi langkah.
menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.
MODEL INKUIRI
Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan ataupun daripada masalah yang dikemukakan.
terdapat dua jenis inkuiri iaitu inkuri terbimbing dan inkuiri terbuka.
Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.
inkuiri terbuka pula adalah pelajar tidak diberi bimbingan.