Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL PENGAJARAN - Coggle Diagram
MODEL PENGAJARAN
MODEL BEHAVIOURAL
.
Asas teoretikal yang umum berasaskan teori pembelajaran sosial. modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberikan hala tuju kepada pembentukan model pengajaran.
Oleh sebab model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (loyce, Calhoun in Hopkins, 2002).
Antara model dalam kumpulan model pengajaran tiorisme termasuklah model pembelajaran sosial (Bandura, 1961). pembelajaran masteri (Bloom, 1968)
dan pengajaran Langsung od t al. 1994
Dengan mengambil kira pengetahuan tentang cara manusia memberikan respons terhadap maklum balas, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat mengorganisasi struktur tugasan dan maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi.
-
MODEL SOSIAL
.
Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.
Model pengajaran sosial bertujuan membantu murid menajamkan pemikiran melalui interaksi
dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan dapat
berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan.
Model ini membantu memperluas perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelaskan dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang. Mod dalam model sosial lebih menekankan penyiasatan atau peneroka secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan Sebagaimana istilah sosial, model ini membantu murid mengenal pasti pelbagai perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran, berbanding dengan diri sendiri.
Berbekalkan pandangan ini, seseorang dapat membentuk perdebatan untuk membuat justifikasi terhadap hujahnya. Mod interaktif ini mendorong murid mengumpulkan maklumat dan berbincang dengan menggunakan kemahiran sosial.
Mengikut Joyce et al. (2011) model sosial ini melatih murid menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks berkebolehan menyusun maklumat serta-merta
dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabungkan semua makluman untuk menyelesaikan masalah
MODEL PERSONAL
.
Model pembelajaran personal bermula dari perspektif kendiri seseorang individu.
Model ini cuba menerapkan pendidikan supaya kita dapat memahami diri sendiri
dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan kita
dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.
Model ini menekankan pembentukan kendiri seseorang individu
dan mendorong murid untuk berdikari secara produktif
serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab
terhadap matlamat sendiri.
Tujuan model personal adalah untuk membentuk personaliti
yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan.
Matlamat utama ialah pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.
Maka, model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.
Model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri.