Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN REMAJA - Coggle Diagram
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN REMAJA
KELUARGA
Sosioekonomi
persekitaran yang terdapat disekeliling remaja itu mampu mempengaruhi pembelajarannya
keluarga yang rendah tahap sosioekonomi menyebabkan tekanan daripada segi kewangan kepada keluarga remaja
kerajaan telah menyediakan banyak bantuan bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan
Penglibatan Ibu Bapa
sokongan dan bantuan daripada ibu bapa penting dalam mempengaruhi pembelajaran remaja
ibu bapa yang terlibat secara aktif dengan pembelajaran anak memberikan inspirasi kepada anak-anak
jangan terlalu sibuk dengan kerja dan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada anak
ibu bapa janganlah melepaskan sepenuh kepercayaan kepada guru mahupun pihak sekolah untuk melihat anak mereka berjaya
Gaya Pengasuhan
penderaan fizikal dan emosi oleh ibu bapa sangat mempengaruhi pembelajaran mereka
amalan gaya pengasuhan autoritarin terlalu tegas dengan anak-anak dapat memberikan tekanan
Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggung jawab, dan mempunyai kompeten daripada aspek kognitif.
DIRI SENDIRI
Efikasi Kendiri
iaitu tahap kepercayaan terhadap kemampuan pada diri sendiri
diri remaja itu sendiri perlulah yakin dengan setiap pilihan yang dilakukan
seseorang itu pasti tahu untuk mengurus pembelajarannya berdasarkan tahap kemampuan yang boleh dilakukan
Hormon Melatonin
tidur yang cukup membolehkan remaja berasa lebih segar untuk menjalankan aktiviti harian pada hari esok
remaja sekurangnya memerlukan 8.5 hingga 10 jam sehari untuk tidur
tidur yang tidak cukup menyebabkan rasa mengantuk seterusnya menjejaskan pembelajaran remaja
Tingkahlaku Negatif
remaja yang mempunyai tekanan dalam kehidupannya seringkali mempunyai tingkahlaku negatif
dengan adanya masalah tingkahlaku ini menyebabkan remaja kurang memberikan tumpuan pada pelajaran
kerjasama daripada ibu bapa, guru, sekolah dapat menangani masalah ini daripada terus berlaku
Tahap IQ
remaja yang rendah tahap IQ berbanding rakan seusia mempamerkan pencapaian akademik yang lebih rendah
Mempelajari kemahiran yang meliputi semua aspek kepintaran dan tingkah laku “adaptif” dapat meningkatkan tahap IQ
SEKOLAH
Suasana di Sekolah
sekolah yang kondusif dan bagus mendorong pelajar untuk terus maju dalam pelajaran
tidak terlalu menekan pelajar untuk mencapai target yang ditetapkan
mempunyai pengetua dan guru yang aktif serta rajin dapat membantu pelajar untuk berjaya