BINAAN PLOT

PERMULAAN

Kisah bermula dengan perubahan sikap Kamarul yang menjadi perhatian ibu dan rakan-rakannya. Saridah juga telah menegur Kamarul tentang perubahan sikapnya itu.

Perkembangan

Kamarul telah ponteng latihan dan banyak berlatih bersendirian. Tindakan Kamarul telah menimbulkan kerunsingan Encik Kadir selaku jurulatih olahraga pasukan kebangsaan.

Konflik

Kamarul mula berani melawan jurulatihnya dengan mengatakan bahawa dengan latihan sendiri itu tidak mengganggu kecergasannya. Kamarul juga telah berani mencabar Encik Kadir agar melatih Sures yang sedang meningkat maju dalam olahraga.

Klimaks

Kamarul sanggup membaling pingat yang diberikan oleh Encik Kadir sambil berlalu pergi. Ketika melintas jalan dengan perasaan marah dan fikirannya berkecamuk, dia telah dilanggar kereta hingga menyebabkannya terlantar hospital.

Peleraian

Kamarul mula sedar akan kesilapannya dan kembali berlatih serta berdisiplin. Akhirnya, dia berjaya meningkatkan kecergasannya semula dan menjadi johan dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA ke-14 di Bangkok.

TEKNIK PLOT

TEKNIK PEMERIAN

TEKNIK DIALOG

TEKNIK MONOLOG

TEKNIK IMBAS KEMBALI

TEKNIK SASPENS

KEBIASAANNYA SELEPAS SARAPAN, KAMARUL AKAN MEMBACA AKHBAR.DIA MENELITI PERKEMBANGAN SUKAN TANAH AIR DAN SUKAN LUAR NEGARA.LAZAIMNYA SUKAN OLAHRAGA MENJADI TUMPUANNYA. [HALAMAN 1-2]

DIALOG ANTARA ENCIK KADIR DAN KAMARUL. [HALAMAN. 19]

''PATUTKAH AKU MINTA MAAF?'' BISIK KAMARUL SEMAKAIN GELISAH [HALAMAN 5]

SARIDAH MENGINGATI PERISTIWA APABILA DIA BERJUMPA DENGAN KAMARUL BUAT KALI PERTAMA. [HALAMAN. 31-33]

PEMBACA TERTANYA-TANYA APA YANG AKAN JADI PADA KAMARUL SELEPAS DIA MELANGGAR KERETA.[HALAMAN. 72]