Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOMPONEN KEMAHIRAN MENGAJAR - Coggle Diagram
KOMPONEN KEMAHIRAN MENGAJAR
KEMAHIRAN SET INDUKSI
Tujuan- membina aliran fikiran pelajar, menarik minat murid untuk memberi tumpuan dan fokus kepada PdP yang hendak disampaikan
Definisi- kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru ketika ingin memulakan pengajaran
Contoh- gambar, video dan sampu; berwarna
KEMAHIRAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER
Bahan bantu mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran
Contoh- guru menggunakan video untuk menerangkan tentang sesuatu topik agar murid lebih mudah untuk memahami topik tersebut
KEMAHIRAN PENEGUHAN/ PENGUKUHAN
Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran
Contoh- Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku pelajar menyiapkan kerja sekolah
KEMAHIRAN MENYOAL
Penyoalan merupakan aktiviti intensif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi p&p.
Contoh: guru menyoal murid - rukun iman ada berapa perkara? murid menjawab- rukun iman ada enam perkara
KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Guru berkemahiran mengendalikan papan tulis dengan baik bagi memudahkan pemahaman murid
Guru bertindak untuk merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambar rajah pada papan tulis dengan baik
Contoh- kejelasan, susunan, teknik persembahan dan penonjolan dan penekanan
KEMAHIRAN PENERANGAN/ ILUSTRASI/ CONTOH
Menurut Mok Soon Sang kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan
Contoh- guru menerangkan konsep solat menggunakan peta i-think
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Teknik mempelbagaikan penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajaran
Contoh- berpantun, menyanyi, dikir barat, bercerita
KEMAHIRAN PENUTUP
Penutup dan kesimpulan merujuk kepada cara guru mengakhiri satu sesi PdP
Menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar
Terbahagi kpada dua: penutup kognitif (untuk mengukuhkan isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari) dan penutup sosial (bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar)