Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cerpen: Cinta Ahmad Mutawakil - Coggle Diagram
Cerpen: Cinta Ahmad Mutawakil
Tema
Kegigihan seorang anak muda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam usaha dan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanah air.
Persoalan
2. Kerjasam yang erat dalam kalangan masyarakat.
Contoh: Penduduk kampung bersatu membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahmad yang hilang.
3. Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat.
Contoh: Pengganas menyerang rumah banglo Tuan Booth dan membunuh lima penghuni di rumah banglo tersebut.
1. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air.
Contoh: Ahmad Mutawakil sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah dan kekejaman komunis.
Watak dan Perwatakan
Watak utama - Ahmad Mutawakil
seorang yang berani - Ahmad berani menyatakan pendapatnya kepada rakyat untuk menentang komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya
seorang yang sanggup berkorban - Ahmad sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah serta menentang keganasan komunis
seorang yang menghargai jasa - Ahmad menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Tuan Booth di banglonya
Watak Sampingan:
a. Tuan Booth - seorang yang mesra
b. Imam Ngah Deraman - seorang yang baik hati
c. Sandra - seorang yang setia
Latar
2. Latar masa:
a. waktu petang - Tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk kampung.
b. malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak oleh komunis.
c. 31 Ogos 1957 - Penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.
3. Latar masyarakat:
a. masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahmad memberi pidato kepada penduduk kampung supaya menentang penjajah dan komunis.
b. masyarakat yang bersatu padu - Orang kampung membentuk tiga kumpulan untuk bersama-sama mencari Ahmad yang hilang.
c. masyrakat Melayu - Orang kampung yang tiggal di kawasan pedalaman sejak tiga generasi yang lalu dengan berkebun dan bersawah padi.
1. Latar tempat:
a. surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau selepas maghrib. Di surau itu Ahmad meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.
b. bandar - Ahmad bekerja sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada penentang Jepun.
c. Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama dengan keluarganya.
Nilai
3. Nilai kerjasama
- Penduduk kampung dan Tuan Booth membentuk tiga kumpulan untuk bekerjasama mencari Ahmad yang hilang ditangkap komunis.
2. Nilai keberanian
- Ahmad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.
1. Nilai patriotisme
- Ahmad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.
Pengajaran
2. Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik.
Contohnya, Ahmad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.
3. Kita haruslah bekerjasama dan saling membantu.
Contohnya, penduduk kampung dan Tuan Booth bekerjasama mencari Ahmad yang hilang kerana ditangkap oleh komunis.
1. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme.
Contohnya, Ahmad mengajak penduduk kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.