Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kudup Perang - Coggle Diagram
Kudup Perang
Gaya Bahasa
Personafikasi
membajakan kezaliman, sering mengudupkan putik dendam
simile
perca-perca bahagia, seperti perawan
Metafora
Mengudupkan putik dendam, kepada jari-jemari takdir, menumbuhkan kelopak rahsia
-
Sinkope
andai namamu Tuah, kita masih / andai namau Jebat, kita masih tidak
Responsi
mewarnakan keindahan pada hodohnya, menjungkitkan amarah pada damainya
Imejan / Imej Alam
ke luar jendela, sewaktu fajar menghembus, ringkik kuda, gemerincing
Maksud
Rangkap 1
Penulis sajak menyatakan bahawa pemimpin
perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, mereka masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati
Rangkap 2
Kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkuhan antara mereka. Pelbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenarmenyebabkan manusia tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berwibawa untuk mencipta sejarah
Rangkap 3
Pada rangkap ini penyajak tidak mahu menganggap tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan yang berlaku sehingga membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Rangkap 4
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun begitu, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar
Rangkap 5
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran serta membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Rangkap 6
Sehingga kini, masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin sebenar yag benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi
-
-
Pengajaran
-
Kita hendaklah bersifat adil dan saksama dalam menjalan tugas agar setiap orang dapat manfaat bersama yang menguntungkan semua
-
Kita seharusnya berani untuk menyoal pemimpin dan memilih pemimpin yang berwibawa dan layak untuk mengemudi sesebuah organisasi
Tema
Kepentingan tokoh yang berwibawa dalam menjadi pemimpin sesebuah organisasi. Pemimpin masa ini memutar belitkan kata-kata demi menjaga kepentingan sendiri sahaja dan tidak bersikap saksama