Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sajak: Kudup Perang - Coggle Diagram
Sajak: Kudup Perang
Maksud rangkap
Rangkap 3
Penyajak tidak menganggap Hang Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Hang Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun berlaku kesengsaraan di kota.
Rangkap 4
Penyajak juga tidak menganggap Hang Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Hang Jebat untuk mempertahankan keadilan. Namun begitu, pengikut Hang Jebat telah beranggapan bahawa Hang Jebatlah pemimpin yang sebenar.
Rangkap 2
Generasi muda yang hidup pada zaman sekarang tidak berpeluang untuk menjadi saksi pertelingkahan. Pelbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang betul-betul berwibawa untuk mencipta sejarah.
Rangkap 5
Penyajak insaf bahawa peperangan yang penuh dengan muslihat dan berita palsu akan menghapuskan kebenaran. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang ramai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amat sukar.
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa pemimpin perang yang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, mereka masih bersyukur kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari pahlawan sejati.
Rangkap 6
Sehingga kini, masyarakat masih bertengkar untuk menentukan pemimpin sebenar yang memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi.
Pengajaran
2. Kita haruslah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita tidak membuat keputusan yang salah. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
3. Kita hendaklah rajin membina negara yang sejahtera dan aman selepas peperangan. Contohnya, masyarakat berusaha membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat selepas peperangan.
1. Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin. Contohnya, Hang Jebat bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepadanya sebagai seorang pemimpin dan berusaha membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat.
Persoalan
2. Persoalan keadilan dan kesaksamaan yang mudah tergugat.
Contoh: Pemimpin perang yang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam.
3. Persoalan peperangan yang merugikan kehidupan.
Contoh: Peperangan yang penuh dengan berita palsu akan menghapuskan kebenaran dan membenarkan kesalahan. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai.
1. Persoalan kemampuan dan kewibawaan pemimpin.
Contoh: Pelbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan masyarakat tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang berkewibawaan mencipta sejarah.
Nilai
-
3. Kerajinan - Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan.
1. Bertanggungjawab - Hang Jebat bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepadanya sebagai seorang pemimpin dan berusaha membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat.
-