Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sumbangan tokoh-tokoh penting dalam Tamadun Islam - Coggle Diagram
Sumbangan tokoh-tokoh penting dalam Tamadun Islam
Imam al-Ghazali
Sumbangan dalam bidang falsafah dan ilmu pengetahuan
Menulis 300 buah buku yang mencakupi ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, falsafah dan ulumul Quran.
Dalam buku Tahafut Falsafah, Al-Ghazali banyak mengkritik dan mengecam falsafah.
Tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk
menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.
Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-
Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata.
Al-Ghazali merupakan ahli falsafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis
Ibn Sina
Menulis buku-buku dalam bidang perubatan, falsafah, mantik dan fizik.
Beliau menghuraikan 760 jenis penyakit dan kaedah perubatannya dalam buku Qanun Fi al-Tib.
Contoh penyakit yang telah dikaji adalah penyakit jantung, penyakit TB, ulser, saluran darah, penyakit saraf, bengkak otak dan penyakit kanak-kanak.
Menemui perkara baru tentang ubat-ubatan herb, sifat logam, pembentukan lembah dan huraian roh.
Karya-karya terkemuka:
Qanun fi al-Tib (perubatan)
Kitab al-Sifat (perubatan)
Kitab al-Najah
Kitab al-Isyarah (alam tabie)
As-Syifa' Fil Hikmah
Ibn Khaldun
Membincangkan prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, kerjasama, kesederhanaan dan kerja keras.
Ibn Khaldun menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
Beliau menyarankan agar masyaraat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang mahir dan cekap.
Mengemukakan teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh dan pertukaran
Menekankan manusia perlu menjauhi perbuatan jahat, manusia wajib mengikuti ajaran Islam untuk memperbaiki dirinya dan memberi keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Al-Biruni
Ensiklopedia Rasa il al-Biruni merupakan rujukan agung dalam bidang matematik dan astronomi.
Menghasilkan pelbagai teori dalam bidang matematik dan astronomi
Contohnya, Teori Alam Semesta yang menjelaskan bahawa alam semsta terletak di luar permukaan sfera. Sejajar
dengan ajaran agama Islam yang menegaskan kekuasaan AllahTuhan pencipta alam.
Al-Biruni juga mengkaji tentang
sistem solar, panjang tahun solar, pergerakan matahari, proses kewujudan fajar dan senja.
Karya beliau yang menjadi rujukan para sarjana:
Rasail al-Biruni
Sina at al-Tanjim (Seni astronomi)
Ta bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman
Al-Tahdid