Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERISTIWA PERANG BADAR KUBRA - Coggle Diagram
PERISTIWA PERANG BADAR KUBRA
PERISTIWA
Oleh itu, Nabi SAW mendoakan kebaikan untuk Saad Bin Muaz. Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk baginda. apabila kedua-dua kumpulan (orang islam dan orang musyrik ) bersemuka, Rasulullah meluruskan barisan orang Islam, membakar semangat untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid.
Peperangan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Seramai kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh tremasuk ketua mereka yang paling tegar iaitu Abu Jahal. Merkea yang ditawan pula kira2 70 orang. Baginda memerintahkan agar semua yang terbunuh dikembumikan.
Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang. Saidina Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. Saidina Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebud diri mereka. Rasulullah SAW menerima cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta.
Seterusnya, Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina khemah untuk Rasulullah di belakang barisan tentera Islam.
Kemudian, Rasulullah berjalan ke perigi Badar yang paling hampir. Lantas Al-Hubab bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah kepada kamu atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?" Rasulullah pun menjawab: "Ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah". Strategi orang Islam adalah untuk menyekat sampai ke orang musyrik.
Sebelum Nabi SAW memasuki pertempuran, baginda mengambil pandangan para sahabat (Ansar dan Muhajirin) untuk terlibat dalam peperangan itu dan mereka bersetuju. Saad bin Muaz (ketua Ansar) berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah berjanji untuk mendengar dan taat kepadamu. Kami tetap akan bersamamu."
Walaubagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Sufian telah terselamat daripada sekatan orang Islam dan Abu Sufian mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah keluar kira-kira 1000 orang tentera.
Peristiwa perang Badar bermula apabila Nabi SAW mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukanlah bertujuan peperangan.
IBRAH
PERJUANGAN PASTI DIUJI
-Perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan dakwah Islam diuji dengan pelbagai tentangan seperti peperangan
PERTAHAN ISLAM, BUKAN AGENDA PERIBADI
-Bersama-sama menentang demi agama Islam dan bukan untuk kepentingan masing-masing
LAZIMI SYURA
- Perbincangan dilakukan sebelum memutuskan sesuatu perkara
PERANCANGAN RAPI DAN BERSTRATEGI
- Rasulullah menyusun strategi yang terbaik dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan pihak Islam dan Quraisy
TAATI PEMIMPIN
-Sahabat dalam kalangan Ansar dan Muhajirin mendengar arahan Rasulullah dalam peperangan Badar ini
MUNAJAT DOA KEPADA-NYA
-Berserah kepada Allah setelah kita berusaha sedaya upaya yang terbaik
LATAR BELAKANG
BILANGAN TENTERA
:fire: Islam - 313 orang (70 ekor unta dan 2-3 ekor kuda)
:fire: Quraisy - 1000 orang dan 600 daripadanya berperisai lengkap ( 100 ekor kuda dipakaikan perisai dan 700 ekor unta)
TARIKH
- 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah