Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perang Badar al-Kubra, Isnin, 4/3/2021
Nur Farhah, Nurul Batrisyia,…
Perang Badar al-Kubra
-
PENGAJARAN
:star: Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.
:star: Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan strategi yang betul, perancangan dan penyusunan yang kemas dan rapi.
:star: Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan.
:star: Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah tenteranya kecil dan kekuatannya terhad.
:star: Agama Islam yang kita anuti dan nikmat hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para tentera Islam, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.
SEBAB BERLAKUNYA PERANG
:fire: Apabila orang kafir mengetahui rancangan tersebut, mereka merasa bimbang dan telah menghantar wakil ke Mekah memohon bantuan bagi menghalang tentera islam.
:fire: Para pembesar dan orang kenamaan kafir bersiap keluar mencabar dan melancarkan serangan terhadap tentera islam
:explode: Pedagang Quraisy melalui Madinah dalam perjalanan pulang dari Syam membawa harta yang banyak. Rasulullah bercadang untuk membuat sekatan dengan tujuan untuk merampas barang dagangan mereka.
:explode: Rancangan orang islam untuk menyekat dagangan mereka akhirnya telah menjadi sebab berlaku peperangan Badar ini
:red_flag: Setelah 2 tahun Rasulullah berada di Madinah, pengaruh islam semakin kuat dan mendapat sokongan masyarakat Madinah.
:red_flag: Rasulullah dan umat islam sentiasa dalam keadaan kebimbangan kerana tindakan kafir Quraisy Mekah bercita-cita untuk menghancurkan islam.
:red_flag: Baginda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat intipan dan siasatan terutama dilaluan pedagang kafir Quraisy yang melalui Madinah.
-
-
Isnin, 4/3/2021
- Nur Farhah, Nurul Batrisyia, Sharifah Nur Fatihah & Nur Awatiff