Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Fiqh 2: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak اليَقِين لَا…
Kaedah Fiqh 2: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak
اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ
Pengertian
Keyakinan
bahasa: Suatu ilmu yang tidak ada bersamanya keraguan
istilah: Terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak berlaku.
syak
bahasa: Ragu-ragu
istilah: Ragu-ragu terhadap sesuatu perbuatan sama ada berlaku atau tidak berlaku. Iaitu tidak ada murajjih (suatu yang memberatkan salah satu ke atas satu yang lain).
Dalam mensyarahkan makna kaedah ini sebahagian ulama berkata : Sekiranya seseorang itu telah memastikan akan sesuatu, kemudian dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu telah hilang atau tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu. Maka sesuatu itu kekal di atas apa yang telah dipastikan.
Rujuk Syarah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah (Hlm. 45).
dalil alquran
Kaedah ini mempunyai sandarannya dari nas-nas syarak daripada Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Antaranya adalah firman Allah S.W.T:
Maksudnya : Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak menandingi kebenaran walau sedikit pun.
-Surah Yunus (36)-
dalil hadis
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:Maksudnya : Apabila salah seorang kamu mendapati ada sesuatu di dalam perutnya lalu dia berasa musykil sama ada telah keluar sesuatu dari perut atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehinggalah dia mendengar ada bunyi atau mendapati ada bau. Riwayat Muslim (362)
Pecahan kaedah
الْأَصْل بَقَاء مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ
Maksudnya : Pada asasnya, sesuatu itu kekal mengikut keadaan asalnya.
Sebagai contoh dalam menjelaskan kaedah di atas, sekiranya seseorang yang hendak berpuasa itu makan pada penghujung malam, lalu dia berasa syak sama ada fajar telah terbit atau tidak, maka puasanya adalah sah kerana hukum asalnya adalah masih kekalnya malam.
Rujuk Al-Asybah wal Nazhair, Al-Suyuthi (Hlm. 52)
اليَقِينُ لَا يُزَالُ إِلَّا بِاليَقِين
Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan melainkan dengan suatu keyakinan juga.
Oleh itu, seseorang yang meyakini bahawa dirinya masih berada dalam keadaan taharah, kemudian timbul rasa ragu-ragu sama ada berlaku hadas atau tidak, maka kita katakan bahawa dia masih kekal berada dalam taharah melainkan setelah dia meyakini berlakunya hadas yang membatalkan taharah seperti dia yakin yang dia telah kentut sama ada dia mendapati ada bunyi atau bau kentut tersebut.
Contoh pengaplikasian kaedah
Dalam isu bilangan rakaat di dalam solat, seseorang yang berasa syak tentang bilangan rakaat solatnya maka hendaklah dia menghilangkan syak dengan mengambil pendapat yang paling yakin dan pasti. Justeru, dalam kes kekeliruan tentang dua atau tiga rakaat, maka seseorang menghilangkan syak dengan mengambil dua rakaat yang pasti. Lalu di penghujung solat dia melakukan sujud sahwi.
pengecualian dalam beberapa permasalahan yang tertentu
لكل قاعدة استثناء
Maksudnya : Bagi setiap kaedah itu ada pengecualiannya
1- Apabila seseorang yang menyapu ke atas khuf itu syak sama ada telah tamat ataupun belum lagi tempoh sapuan iaitu sehari semalam bagi yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi yang bermusafir, maka dalam kes ini kita berpendapat kepada telah tamatnya tempoh.
2- Sekiranya ada seekor haiwan yang kencing di dalam air yang berkuantiti banyak, kemudian air itu berubah sifatnya, dan seseorang itu tidak tahu adakah air tersebut berubah dengan air kencing atau perkara lain maka ia dihukum sebagai najis.
3-Jika seseorang itu bertayammum disebabkan ketiadaan air kemudian dia melihat sesuatu yang dia tidak pasti adakah ia fatamorgana atau air maka batal tayammumnya
contoh situasi berdasarkan video
was2 dgn angin celah punggung lps ambil wuduk. ni perdaya syaitan. jadi, jgn trpedaya, kcuali ada bau dan bunyi
ambil wuduk pastu trpijak tahi cicak. yg mmbtlkn wuduk ialah yg mghilgkn ingatan, mnyntuh bukn mhram yg dah baligh, pegang kmaluan, keluar sst dri kemaluan dpn dan blkg. jdi, najis tu tak mmbtlkn pun wuduk.
syak tu kene sama berat dgn yakin. cth kalau syak dlm takbir, syak niat apa. tpi kalau lama syak, btl smbhyg. tpi kalau syak skejap je, pastu terus berubah kpd keyakinan. maka sah. tpi kalau yakin slh baca niat, tak sah solat, wajib prbaharui