Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PADA MASA KINI - Coggle Diagram
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PADA MASA KINI
KEBAIKAN
MENJIMATKAN KOS
Penghasilan robot akan mengurangkan kos perbelanjaan ke atas tenaga buruh. Hal ini kan memberikan keuntungan yang lumayang kepada pengusaha. Contoh penggunaan kerap adalah di kilang pembuatan produk.
MERINGANKAN TUGAS MANUSIA
Membolehkan manusia menjalankan tugas harian tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Contoh penggunaannya adalah mop elektronik.
CEPAT DAN CEKAP
Robot akan melakukan tugas dengan cepat dan cekap kerana mereka sudah diprogramkan untuk melakukan tugas tertentu mengikut masa yang ditetapkan. Kelebihannya, penghasilan produk akan menjadi lebih efisien, berkualiti tinggi dan lebih bermutu.
MENGURANGKAN RISIKO BAHAYA
Memudahkan manusia melakukan tugas yang berisiko tinggi yang dapat menyebabkan kemalangan. Contoh aplikasi adalah di kawasan yang mempunyai rintangan tinggi dan terdedah dengan kawasan radioaktif. Selain itu, peralatan harian yang sering digunakan adalah peralatan membersihkan rumah bagi membersihkan kotoran di kawasan yang tinggi.
KEBURUKAN
TIDAK BERFUNGSI FLEKSIBEL SEPERTI MANUSIA
Tidak fleksibel dalam kontek ini menjadikan cabaran kepada pengusaha sekiranya robot ataumesin mengalami kerosakan. Kesilapan kecil kemungkinan akan menyebabkan robot rosak sepenuhnya. Oleh itu, tenaga atau kemudahan tidak berfungsi deperti sediakala.
MENJADIKAN MANUSIA TADA INISIATIF
Tahap kebergantungan manusia terhadap robot semakin tinggi menyebabkan manusia menjadi malas dan kurang usaha.
PENINGKATAN KADAR PENGANGGURAN
Pada masa kini, teknologi semakin berkembang menyebabkan pekerjaan manusia menjadi terhad. Hal ini demikian kerana, penghasilan robot yang berkuasa tinggi yang dapat mengurangkan tenaga buruh manusia. Penambahan manusia dan penciptaan robot kini semakin menjadi cabaran.
KOS PERALATAN YANG MAHAL
Kos membaiki robot adalah mahal. Bagi pengoperasian robot yang cekap, komponen yang berkualiti tinggi perlu digunakan.
TERDAPAT RISIKO KEPADA MANUSIA
Kecuaian manusia menyebabkan kemalangan yang dapat meragut nyawa. Kendalian yang tidak cekap akan menyebabkan kematian.