Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 4: JAMINAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA TERHADAP KEPELBAGAIAN ETNIK - Coggle…
BAB 4: JAMINAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA TERHADAP KEPELBAGAIAN ETNIK
4.1 3 CIRI UMUM PERLEMBAGAAN (CONSTITUITION)
Prinsip Asas (Fundamental)
Perlembagaan menggariskan prinsip asas tentang corak pemerintahan, kuasa perundangan, kebebasan asasi dan lain-lain perkara mengenai pentadbiran negara & hak yang diperuntukkan kepada rakyat.
Kedudukan Tinggi (Supreme)
Perlembagaan menjadi undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara. Sebarang peraturan atau undang-undang lain yang digubal tidak boleh bertentangan atau melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan perlembagaan.
Kukuh (Rigid)
Perlembagaan tidak boleh diubah dengan sewenang-wenangnya, kecuali mengikut prosedur yang telah digariskan perlembagaan.
Kandungan Perlembagaan 1957 sebagai kontrak sosial
pemerintahan Beraja iktiraf Bahasa Melayu
Islam agama rasmi Persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu
Perlembagaan adalah undang-undang pemerintahan sesebuah negara.
tanpa perlembagaan, tercetus perebutan kuasa dalam sesebuah negara
perlembagaan menjadikan semua teratur
pembahagian kuasa antara semua badan (agensi) & institusi terlibat dalam pentadbiran negara
Pembahagian kuasa besar dalam sesebuah perlembagaan negara terbahagi kpd tiga:
i) Kuasa Eksekutif (Kuasa Pelaksana)
mengenakan hukuman terhadap pesalah
dibentangkan di sidang parlimen untuk mendapat persetujuan
kuasa pengampunan terhadap sebahagian perkara oleh Raja/Sultan
YDPA, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
ii) Kuasa Legislatif (Kuasa Perundangan)
pembentukan undang-undang
ahli dewan Undangan Rakyat, Negara & Negeri
iii) Kuasa Judiciary (Kuasa Kehakiman)
kuasa memutuskan bersalah ataupun tidak
menggunakan undang-undang untuk mengadili seseorang
ketua Hakim Negara, Peguambela, Pendakwaraya
Pembentukan Latar Belakang Perlembagaan Persekutuan 1957
i. Perlembagaan dipersetujui dan kemerdekaan diberikan British pd Persekutuan Tanah Melayu 1957
Perlembagaan Persekutuan dirangka mengikut elemen sebelum & selepas penjajahan
mempunyai kaitan dengan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa
ii. Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union ditubuhkan untuk menyatukan pentadbiran negeri-negeri Melayu yang berasingan
Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu
iii. Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
penentangan kerana MU menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, Sultan dan agama Islam
menyebabkan British memansuhkan MU & menubuhkan persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 11 negeri iaitu 9 negeri beraja & 2 negeri selat
negeri selat (Pulau Pinang & Melaka)
iv. Penyerahan kuasa secara berperigkat oleh British sebelum pilihanraya umum pertama 1955
Selepas penyerahan kuasa berperingkat, maka berlakulah PRU 1195 dan dimenangi oleh Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC) sebanyak 51 drpd 52 kerusi yang dipertandingkan
presiden Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilantik menjadi ketua menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
British tidak akan beri kemerdekaan jika penduduk berbilang kaum bersedia mewujudkan kerajaan perpaduan
wujud memorandum parti perikatan yang dikenali sebagai pakatan murni
v. Ciri perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957
ketua negara adalah Yang Dipertuan Agong yang dipilih daripada 9 Raja Melayu dalam tempoh 5 tahun secara bergilir
ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam kalangan parti yang mempunyai bilangan anggota majoriti dalam Dewan Rakyat & mengetuai sebuah kabinet sebagai Badan Pemerintah Tertinggi
Badan Perundangan di peringkat federal mengandungi Dewan Rakyat & Dewan Negara di bangunan Parlimen
-Ketua Perlembagaan peringkat negeri adalah Sultan @ Gabenor (ketua kerajaan ialah menteri besar @ ketua menteri)
setiap negeri mempunyai DUN, Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihanraya dalam tempoh 5 tahun
bahasa Melayu sbg bahasa Kebangsaan & bahasa lain tdk dihalang
bahasa Inggeris digunakan dalam urusan rasmi kerajaan untuk tempoh 10 tahun merdeka
vi. Kandungan terakhir Perlembagaan Persekutuan
183 Perkara dalam 15 bahagian Perlembagaan
berlaku penambahan isi apabila kemasukan Sabah & Sarawak (Perjanjian Malaysia 1963)
keluarnya Singapura pd 9 Ogos 1965 tidak menjejaskan kandungan perlembagaan persekutuan yang dipersetujui oleh semua kaum
Cadangan Suruhanjaya Reid 1956
Tujuan: merangka perlembagaan persekutuan TM
Suruhuanjaya khas untuk merangka perlembagaan baharu bagi Persekutuan TM (semenanjung Malaysia & Singapura) sebagai usaha awal ke arah kemerdekaan.
Anggota Suruhanjya Reid
Pengerusi: Lord Reid (Britain)
Ahli Suruhanjaya: Ivor Jennings (Britain)
William McKell (Australia)
Hakim bin Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Suruhanjaya Reid merangka Perlembagaan TM berpandukan syarat:
bentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
mengekalkan hak kedudukan Raja Melayu sbg pemerintah perlembagaan di negeri masing-masing
memelihara hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah bagi kaum lain
mewujudkan sistem kewrganeraan yang seragam
menubuhkan sebuah negara berasaskan prinsip demokrasi
Konsekuensi Lakaran Perlembagaan Persekutuan TM
Sebelum memberikan kemerdekaan, British perlu cari wakil pemerintah yang mendapat sokongan majoriti di persekutuan TM
British menganjurkan pilihanraya umum pertama 1955
Parti Perikatan (UMNO+MCA+MIC) menang majoriti kerusi Parlimen yang dipertandingkan (menang 32 dri 33 kerusi yang dipertandingkan)
British menubuhkan Suruhanjaya Reid 1956 untuk draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dapat persetujuan antara komponen Parti Perikatan & Majlis Raja-Raja
British beri kemerdekaan kepada Persekutuan TM & Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dilantik sbg Ketua Menteri Persekutuan TM (1957)
CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Yang Dipertuan Agung sbg Ketua Negara yang dipilih scera dari 9 org raja secara giliran utk tempoh lima tahun.
PM dipilih sebagai Ketua Kerajaan dalam kalangan parti yang mempunyai bilangan anggota majoriti dalam Dewan Rakyat & mengetuai kabinet sebagai badan pemeritah yang tertinggi
Badan Perundangan (Dewan Parlimen) di peringkat pusat mengandungi dua dewan iaitu Dewan Rakyat & Dewan Negara
Sultan / Gabenor bertindak sebagai Ketua Perlembagaan.
Menteri besar @ Ketua Menteri bertindak sbg Ketua Kerajaan
Setiap negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri DUN yang dipilih melalui pilihanraya dalam tempoh 5 tahun sekali
Perlembagaan memperutukkan beberapa syarat membolehkan bukan Melayu diberi taraf kewarganeraan iaitu:
warganegara Persekutuan sebelum hari Merdeka 1957
mereka yang dilahirkan di Persekutuan pada/selepas hari Merdeka
mereka yang berumur 18 tahun keatas yang dilahirkan di Persekutuan telah bermatautin selama 5 tahun boleh bertutur bahasa melayu dan mengangkat sumpah taat setia
mereka yang berumur 21 tahun keatas dan dilahirkan di luar persekutuan tetapi bermastautin selama 8 tahun boleh bertutur dalam bahasa melayu & mengangkat sumpah taat setia
Peruntukan tentang bahasa:
bahasa melayu dijadikan sbg bahasa kebangsaan namun pembelajaran dan penggunaa bahasa ibunda lain tidak dilarang
bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi tetapi tidak boleh dihalang penulisan bahasa melayu dalam tulisan jawi dalam urusan bukan rasmi
AKTA BAHASA KEBANGSAAN (
http://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/akta_bahasa_kebangsaan_1963.pdf
)
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
Agama Islam adallah agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan di mana-mana bahagian dalam persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan iaitu pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota dalam perkhidmatan awam & perkhidmatan lain, kuota biasiswa, lesen perniagaan, bantuan kerajaan yang lain