Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep, Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan - Coggle Diagram
Konsep, Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Takrif dan Konsep pendidikan
Satu aktiviti yang diberikan atau dipelajari, yang berkait dengan pembentukan, perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia
Konsep pendidikan dari Perspektif Barat
John Dewey (1859-1952) mengatakan pendidikan merupakan proses perkembangan individu. pendidikan ini juga mengatur ilmu pengetahuan untuk menambah pengetahuan semula jadi dalam diri individu
Bercirikan materialisme, idealisme, sekularisme dan rasionalisme
Berubah mengikut masa dan fungsi sesebuah masyarakat
Ilmu pengetahuan serta nilai-nilai etika dan moral yang diatur oleh rasional manusia akan sentiasa berubah-ubah
Pendidikan barat hanya berkisar pada manusia sebagai makhluk rasional
Menurut Syed Naquib Al-Attas:
Konsep pendidikan dari perspektif Islam
Abu ‘Ali al-Husayn ‘Abdullah ibnu sina (980-1037)
Berkait dengan aspek diri manusia seperti fizikal, mental dan moral. Pendidikan juga membentuk individu secara menyeluruh termasuk jiwa, fikiran dan perwatakannya
Ditakrifkan sebagai proses secara formal dan tidak formal
Memupuk seluruh kebolehan dan keupayaan atau potensi semula jadi individu dari segi intelektual, fizikal, akhlak dan rohani
Lima perkara dalam pendidikan menurut perspekif islam
proses, formal dan tidak formal, potensi individu, seimbang serta insan soleh
Konsep pendidikan di Malaysia
Satu proses untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial agar memperoleh kemahiran dan pengetahuan serta dapat memajukan diri sendiri, bangsa dan agama
Pendidikan di Malaysia diertikan sebagai aktiviti persekolahan kerana mempunyai objektif, rancangan dan organisasi
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia ialah satu usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
Aspirasi Pendidikan
Aspirasi ialah keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu
Akses kepada kejayaan
Hal ini seperti pendemokrasian pendidikan dimana semua lapisan masyarakat mendapat pendidikan serta kemudahan yang ada
Memastikan setiap individu mendapat akses dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah melalui akademik atau laluan vokasional
Tidak mengira taraf ekonom, etnik, semua kanak-kanak layak mendapat pendidikan yang berkualiti untuk mencapai potensi masing-masing
Kualiti standard antarabangsa
Sistem pendidikan Malaysia telah dinaiktaraf. kenaikan taraf ini melibatkan bidang penaakulan, aplikasi dan penyelasaian masalah. Contohnya, subjek matematik, sains.
TIMSS salah satu pentaksiran yang mengukur dua aspek iaitu pengetahuan kandungan dan kemahiran kognitif manakala PISA ialah pentaksiran yang menilai keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam realiti.
Ekuiti semua murid
Kerajaan merapatkan jurang sosioekonomi supaya kanak-kanak dari luar bandar turut mendapat pendidikan yang sempurna. Kejayaan pelaksanaan ini menyebabkan Malaysia antara negara yang memiliki sistem pendidikan yang saksama
Memupuk perpaduan dalam kalangan murid
Murid-murid akan didedahkan dengan suasana perpaduan. Pihak guru akan memberi pendedahan dan pemahaman tentang perpaduan. Keadaan ini akan meningkatkan semangat perpaduan dalam diri para murid. Sebagai contoh, membentuk sebuah kumpulan yang mempunyai kepelbagaian etnik.
Pelaksanaan berkecekapan tinggi
Kerajaan mengeluarkan modal yang banyak supaya dapat keberhasilan daripada para pelajar. Pihak kerajaan telah menyediakan prasarana yang cukup untuk kemudahan para pendidik dan murid. Sumbangan ini akan meningkatkan prestasi sekolah dan Malaysia dapat bersaing dengan negara maju.
Sebagai contoh, memberi kemudahan seperti meja, kerusi dan papan putih atau papan hitam
Kepentingan Pendidikan
Untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi
Dapat menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi
Pencetus kreativiti dan inovasi
Asas pembentukan negara bangsa yang bersatu
Membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi
Untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir
Menguasai keupayaan menaakul, mengaplikasi
Untuk menyediakan peluang kepada murid yang mempunyai kepelbagaian minat dan kebolehan
Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
Memupuk interaksi dengan individu yang berbeza latar belakang
Membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing
Untuk memupuk perpaduan negara
Menentukan tahap prestasi sekolah