A) Proses: Berlaku secara tahap demi tahap atau peringkat demi peringkat. Pandangan islam pendidikan bermula dari sbelum lahir hingga kehidupan selepas mati. Justeru itu, pendidikan segera atau instant education tidak wujud dalam islam.
B) Secara Formal atau Tidak Formal: Melibatkan guru, murid, tempat, kurikulum, peralatan dan penilaian. Pendidikan juga boleh berlaku secara tidak formal seperti contoh teladan yang baik, kesedaran yang baik, hukuman, kebiasaan diri, pengalaman serta melalui ujian dan cabaran.
C) Memupuk Seluruh Potensi Semula Jadi Manusia: Pendidikan berlaku secara gradual atau beransur-ansur dalam memupuk serta menambah baik kebolehan dan keupayaan seseorang. Potensi semula jadi manusia yang terbatas itu dapat diupayakan, diperkukuhkan dan dimantapkan melalui proses pendidikan.
D) Secara Bersepadu dan Seimbang: Proses pendidikan merangkumi semua aspek akal, akhlak, rohani dan jasmani secara sekali gus dan seimbang kerana setiap manusia itu sempurna dari semua aspek.
E) Pembentukan Insan Soleh: Matlamat dalam Islam, iaitu insan kamil yang sempurna dari segi kemanusiaannya. Insan yang mempunyai ciri-ciri beriman kepada Allah dalam hatinya dan dibuktikan melalui amalannya.