Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Prosa Tradisional - Coggle Diagram
Prosa Tradisional
Cerita rakyat
- Diertikan sebagai eksperi budaya sesuatu masyarakat melalui tutur bahasa yang berhubungan secara langsung dengan pelbagai aspek budaya dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.
- Diwariskan secara turun- temurun secara lisan.
- Mengisahkan tentang kejadian pelbagai seperti binatang,manusia dan sebagainya.
- Digemari oleh masyarakat kerana dapat dijadikan sebagai tauladan, penglipur lara dan juga jenaka.
- Mengandungi ajaran tentang budi pekerti atau pendidikan moral dan hiburan bagi masyarakat.
Cerita Lipur lara
- Cerita roman yang mengandungi unsur-unsur percintaan putera-puteri diikuti dengan pengembaraan, peperangan dan berakhir dengan kegembiraan.
- Cerita ini disampaikan oleh tukang cerita diiringi dengan alat bunyian tradisional.
- Penceritaan diselangselikan dengan puisi Melayu Tradisional dan bahasa berirama.
- Contohnya, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan lain-lain.
Cerita Mitos
- Mitos adalah cerita prosa rakyat yang menceritakan tentang sesuatu kisah yang berlatarbelakangkan masa lalu yakni diertikan sebagai cerita sesuatu bangsa tentang dewa dan pahlawan zaman dahulu
- Mitos mengandungi penafsiran tentang asal-usul semesta alam, manusia dengan bangsa yang diungkap dengan cara ghaib dan merupakan cerita rekaan.
- Banyak pantang larang dikenakan dalam hal untuk mematuhi cerita mitos.
Cerita Lagenda
- Cerita lagenda kerap dijadikan sebagai sejarah kolektif
- Isi dan tema cerita lagenda berkaitan dengan tokoh-tokoh terkenal yang sering dikaitkan dengan sifat kepahlawanan yang menjadi kebangaan masyarakat.
- Cerita ini seringkali dibuat secara berlebih-lebihan dan bercampur aduk antara unsur sejarah dan unsur fantasi
- Sebagai contoh, lagenda hang tuah dan lagenda mahsuri.