Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SIFAT-SIFAT YANG BERTA'ALLUQ, Tempat ta'alluq Iradah tertentu…
SIFAT-SIFAT YANG BERTA'ALLUQ
Ta'alluq Iradah
Tiga bahagian
ta'alluq:
2)
Tanjizi Qadim
:
Tunai pada azali bagi menentukan mumkin dengan Iradah akan sesetengah barang yang harus atau mumkin iaitu mumqinat al-mutaqabilat (mumkin yang berlawanan) sebanyak
enam perkara
.
:star:Ditentukan ada ganti daripada tiada. :star:Ditentukan satu tempat ganti daripada segala tempat.
:star:Ditentukan satu pihak, ganti daripada segala pihak.
:star:Ditentukan satu masa, ganti daripada segala masa.
:star:Ditentukan satu sifat, ganti daripada segala sifat. :star:Ditentukan satu qadar daripada segala qadar-qadar.
3)
Tanjizi Hadith
:
Tunai ketentuan itu zahir pada hari jadi mumkin dengan Qudrat dan Iradah.
1)
Suluhi Qadim
:
Patut dan layak pada azali bagi menentukan mumkin dengan segala yang harus atau mumkin daripada ada dan tiada dan menentukan segala sifat, masa, tempat, pihak dan qadar atas mumkin pada ta'alluqnya ini Tuhan belum menentukan, hanya kepatuhan seseorang hamba semenjak dari ditiupkan roh ke dalam jasadnya pada tentang umurnya, rezekinya dan segala-galanya.
Ta'alluq Sama' & Basar
Tanjizi Qadim
:
Tunai pada azali Tuhan mendengar pada yang wajib iaitu seperti apa yang ia sendiri berkata dan melihat yang wajib iaitu ia melihat akan zatNya dan sifatNya sendiri.
Tanjizi Hadith
: Tunai pada hari jadi benda yang baharu. Tuhan mendengar dan melihat akan yang harus yang telah ada.
Soluhi Qadim
:
Patuh dan layak pada azali Tuhan mendengar dan melihat akan perkara yang harus yang lagi akan diadakan
Ta'alluq Qudrah
Bahagian ta'alluq mengikut Abu Mansur al-Maturidi:
i. Ta'alluq Suluhi Qadim
patuh pada azali Tuhan mengadakan mumkin atau mentiadakan dia di dalam bahagian ini mumkim itu
belum diadakan
hanya kepatuhan baginya jua pada mengadakan atau mentiadakan.
ii. Ta’alluq Tanjizi Hadith
tunai yang baharu iaitu mengadakan mumkin atau mentiadakan dia dengan feel (perbuatan).
Disisi imam Abu al-hassan al-Asyari Qudrah ada tiga bahagian ta’alluq. Iaitu dua bahagian yang tersebut di atas itu tadi dan tambah lagi
iii. Ta'alluq Qabdah
Bermaksud di dalam genggaman
dalam timbangan Tuhan dengan makna bahawasanya Allah Taala jika menghendaki ia nescaya dikekalkan atas adanya dan jika menghendaki ia nescaya dikekalkannya atas tiadanya dengan Qudrah kuasaNya.
Bahagian Ta'alluq Qudrah jika dihuraikan dengan tafsil terbahagi kepada lapan
:red_flag: Ta'alluq Suluhi Qadim - Patut dan layak pada azali Tuhan mengadakan Zaid masalan atau mentiadakan dia.
:red_flag: Qabdah Suluhi - Keadaan mumkin seperti Zaid dahulu daripada adanya di dalam genggaman Qudratnya pada mengadakan atau pada mengekalkan atas tiadanya.
:red_flag: Tanjizi Hadith - Diadakan oleh Tuhan akan Zaid dengan Qudrahnya.
:red_flag: Qabdah Tanjizi Hadith - keadaan mumkin seperti Zaid ketika adanya di dalam genggaman dan kekuasaan Tuhan pada mengekalkan adanya atau ditiadakannya dengan QudratNya.
:red_flag: Tanjizi Hadith - Allah mentiadakan mumkin seperti Zaid yang telah ad aitu dengan QudratNya.
:red_flag: Qabdhah tanjizi hadis – keadaan mumkin seperti Zaid yang telah tiada (mati itu) di dalam genggaman qudratnya dengan makna boleh dikekalkan atas tiadanya atau diadakannya (dihidupkan semula) dengan qudratnya.
:red_flag: Tanjizi Hadis – iaitu mengadakan mumkin seperti Zaid yang telah mati itu dengan qudratnya ketika bangkit dari kubur.
:red_flag: keadaan mumkin seperti Zaid yang telah bangkit dari kubur itu di dalam genggaman kekuasaan-Nya pada mengekalkan atas adanya atau ditiadakan dia dengan qudratnya tetapi dengan memutuskan nazar (pandangan) dari segi dalil syar’i
Sifat Qudrah berta'alluq kepada segala mumkin yang bermaksud segala perkara yang baharu adanya dan tiadanya.
Qudrah berta'alluq kepada wajib Aradhi dan mustahil Aradhi
Sifat-Sifat Yang Berta'aluq
Qudrah, Iradah, Ilmun, Sama’, Bashar dan Kalam merupakan sifat bertaaluq kerana sifat-sifat tersebut itu selain daripada berdirinya pada zat ia melampaui kepada yang lain.
Adapun sifat Hayah maka ia tiada berta’alluq kerana Hayah tidak melampaui kelainan dari berdiri pada zat hanya ia menjadi syarat pada akal bagi sifat ma’ani.
Ta'aluq bermakna sifat menuntut serta melazimkan perkara yang lain yang bertambah atas berdirinya pada zat umpama sifat Qudrah itu menuntut akan perkara yang lain iaitu menjadikan mumkin atau mengidamkan dia kemudian daripada ia berdiri dengan zat.
Mumkin bermakna perkara yang harus adanya dan tiadanya (yang boleh berubah-ubah) dan termasuk pada mumkin itu perkara mustahil ‘Aradhi (عرضي) dan wajib ‘Aradhi iaitu mumkin yang telah dita’alluq oleh Iradah Tuhan hendak dijadikan maka wajib ia menerima jadi dan mumkin yang dita’alluq iradah tidak hendak dijadikan maka iaitu mustahil ia menerima jadi.
Sebelum seseorang membahaskan perkara ta’alluq hendaklah ia mengetahui bahawa tiap-tiap sifat yang berta’alluq itu mesti ada tiga perkara:
1) Tempat ta’alluq
2) Bahagian ta’alluq
3) Kelakuan ta’alluq
Ta'alluq Kalam
Berta'alluq kepada zat Tuhan dan zat yang lainNya iaitu ilmun, kalam, sama' dan basar.
Berta'alluq kepada zat yang lain tidak pada zat Tuhan iaitu qudrat dan iradat. Kemudian sifat dua puluh dengan nisbah bagi ta'alluq itu empat bahagian.
(2) Berta’alluq kepada mumkin jua iaitu qudrat dan iradat.
(3) Berta’alluq kepada segala yang maujud juga iaitu sama’ dan basar.
(1) Tiada berta’alluq dengan sesuatu iaitu sifat nafsiah, salbiah, maknawiyah dan sifat hayah kerana sifat-sifat itu tidak menyentuh perkara yang lebih dari berdiri pada zatNya.
(4) Berta’alluq kepada yang wajib, mustahil dan yang harus iaitu sifat ilmun dan kalam.
Ta'aluq Ilmun
Adalah ilmun ia berta’alluq kepada wajib, mustahil dan harus.
Tuhan mengetahui yang mustahil pada segala yang wajib iaitu diketahui zatNya dan sifat-sifatNya dan mengetahui yang mustahil iaitu diketahui pada azali “syari’kal bari” ini tiada bagiNya dan mengetahui segala yang harus iaitu diketahuiNya segala yang harus yang telah ada, dan yang akan diadakan dan yang akan ditiadakan.
Wajah ta’alluqnya “inkisyaf” (terang dan meliputi tiap-tiap sesuatu) maka bahagian ta’alluqnya satu iaitu “tanjizi qadim” ertinya tunai pada azali
Maka tiada bagiNya ta’alluq “soluhi qadim” dan “tanjizi hadith” kerana jika ada ta’alluq “soluhi qadim” atau “tanjizi hadith” melazimkan Tuhan itu bersifat jahil ketahui olehmu adalah ta’alluq qudrat, iradat dan ‘alim.
Hal keadaannya beratur iaitu ta’alluq qudrat mengikut ta’alluq iradat dan ta’alluq iradat mengikut ta’alluq ilmun.
Tempat ta'alluq Iradah tertentu kepada yang harus jua dan jalan ta'alluqnya takhsis (menentukan)