Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI DAN MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
TEORI DAN MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
TEORI-TEORI
KONSEP TEORI
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar
pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan
Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru
Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu,
BEHAVIORIS, KOGNITIF, SOSIAL
dan
HUMANIS
BEHAVIORIS
MAZHAB BEHAVIORIS
yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya.
Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
KOGNITIF
MAZHAB KOGNITIF pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku.
Teori-teori pembelajaran adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian.
Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
SOSIAL
Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan “permodelan”
HUMANIS
Mazhab Humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.
Strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar
Guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum
MODEL-MODEL
ROBERT GLAZER
Mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian.
Menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan
SIM
Proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif
Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu
Menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
TABA
Menekankan penyusunan bahanbahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini.
LATIHAN TERUS
Merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah.
Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’
Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.
INKUIRI
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan
Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan