Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepentingan teori Piaget dan Vygotsky - Coggle Diagram
Kepentingan teori Piaget dan Vygotsky
membantu guru untuk merancang pengalaman pembelajaran
pengalaman pembelajaran merupakan suatu bentuk gerak balas atau interaksi murid dengan alam sekeliling
kognitif Jean Piaget (1896-1980) ialah guru menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan dan penemuan konsep atau prinsip yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran .
guru menyediakan aktiviti hands-on
dapat meningkatkan daya kognitif murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Membantu guru untuk memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, teknik pengajaran dan sebagainya haruslah signifikan dengan perkembangan diri kanak-kanak pada masa tersebut
Guru memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memahami keperluan psikologi kanak-kanak mengikut tahap perkembangan tertentu.
Guru dapat mengetahui dan mengenal pasti perkembangan diri kanak-kanak yang tidak serupa dan menyedari kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar.
Guru seharusnya memikirkan berkenaan dengan tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingat dan sebagainya yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1986), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat tahap mengikut peringkat umur yang tertentu
Peringkat tersebut dikenali sebagai peringkat sensori motor (lahir hingga umur 2 tahun), peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 hingga 15 tahun)
Pada peringkat praoperasi, kanak-kanak menggunakan bahasa dan imej untuk mewakilkan kefahamannya tentang dunia
Guru boleh meminta kanak-kanak untuk menyatakan tentang sesuatu yang diperhatikan atau melukis dan bersoal jawab tentang perkara tersebut
Guru dapat membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar dengan berpandukan kepada teori perkembangan kognitif tersebut
Intervensi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sebagai penglibatan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu untuk meningkatkan daya kognitif murid
Mok Soon Sang (2009) mentakrifkan intervensi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sebagai penglibatan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu untuk meningkatkan daya kognitif murid
Seorang murid yang menghadapi masalah dalam sesuatu perkara perlulah didekati oleh guru ataupun didedahkan dengan individu yang mempunyai kemahiran dalam perkara tersebut.
Contohnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam penggunaan bahasa yang betul, guru hendaklah membimbing murid tersebut ataupun mendedahkan mereka dengan individu yang mahir dalam aspek penggunaan bahasa agar murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa mereka