Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEBAB PERANG BANI NADHIR DAN BANI QAINUQA' - Coggle Diagram
SEBAB PERANG BANI NADHIR DAN BANI QAINUQA'
PERANG BANI NADHIR
1) ORANG YAHUDI YANG DENGKI TERHADAP KAUM MUSLIMIN
orang yahudi merancang sesama mereka untuk membunuh Rasulullah
'Amru Bin Jahash merelakan diri untuk membaling atau menjatuhkan batu ke atas kepala Nabi Muhammad
perkara ini ditegah oleh Salam Bin Misykam dan beliau memperingatkan mereka bahawa Allah akan memberitahu Rasulullah tentang rancangan mereka kerana rancangan tersebut merupakan pelanggaran terhadap perjanjian yang telah mereka buat dengan Rasulullah
Jibril memberitahu Nabi Muhammad tentang rancangan orang yahudi. Lalu baginda terus memberitahu para sahabat
Rasulullah mengutus Muhammad Bin Maslamah untuk menyampaikan pesanan kepada orang yahudi Bani Nadhir untuk keluar dari Madinah dan jangan hidup bersamanya. Dia memberi masa selama 10 hari dan jika lebih maka akan dipenggal leher mereka
namun Abdullah bin Salul ketua pimpingan kaum munafik menyuruh kaum yahudi bertahan di Madinah dan memberitahu mereka bahawa dia mempunyai 2000 pasukan untuk bergabung dengan mereka
pimpingan kaum munafik berjanji akan membela orang yahudi sekiranya mereka diusir kaum munafik juga kan keluar dari Madinah. Jika berperang juga mereka akan turut membantu
1 more item...
berlaku pada bulan Rabiulawal tahun ke-4 hijrah yang bertetapan dengan bulan Ogos tahun 653 Masihi
peristiwa ini terkandung dalam surah Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran
Segolongan puak daripada kaum Yahudi yang menetap di kawasan Lembah Hijaz berdekatan kota Madinah sehingga abad ketujuh Masihi. Kawasan perkampungan mereka terletak di Wadi Mudzaineb (di tenggara kota suci Madinah Al Munawwarah). Jarak perkampungan itu terletak kira-kira 3.5 kilometer (2.2 bt) dari Masjid Nabawi dan kira-kira 1 kilometer (0.62 bt) dari Masjid Quba.
Bani Nadhir juga merupakan salah satu kabilah terbesar dari bangsa Yahudi yang tinggal berjiran dengan bangsa Arab (‘Aus dan Khazraj) di Madinah.
PERANG BANI QAINUQA'
ORANG YAHUDI MADINAH MENGANGGU SEORANG MUSLIMAH
Orang Yahudi memperlekehkan seorang wanita muslimah yang sedang berbelanja di pasar Bani Qainuqa'
Mereka meminta wanita tersebut membuka jilbabnya
Kemudian, seorang penjual perhiasan mengikat hujung pakaiannya tanpa diketahui menyebabkan aurat wanita tersebut tersingkap ketika dia berdiri
Dia pun menjerit meminta pertolongan daripada kaum Muslimin
Salah seorang kaum Muslimin yang mendengar jeritannya segera bergegas datang menolongnya dan berhasil membunuh orang Yahudi tersebut
Melihat kepada kejadian itu, kumpulan kaum Yahudi mengambil langkah untuk menyerbu kaum Muslimin tersebut sehingga menyebabkan dia meninggal.
Nabi Muhammad SAW bertindak mengumpulkan tenteranya dan memberikan bendera perang kepada Hamzah bin Abdul Mutallib apabila berita itu sampai kepada baginda
1 more item...
KETIDAKSUKAAN DAN KEDENGKIAN KAUM YAHUDI TERHADAP KEMENANGAN KAUM MUSLIMIN KE ATAS ORANG-ORANG QURAISY DI DALAM PERANG BADAR
ketika Rasulullah mengumpulkan mereka di pasar mereka, Rasulullah bersabda: “Wahai kaum Yahudi ! peluklah agama Islam sebelum kalian ditimpa oleh apa yang menimpa kaum Quraisy!”
apabila mendengar seruan ini mereka dengan sombong menjawab wahai Muhammad, jangan sombong dengan keberhasilanmu membunuh beberapa orang Quraisy yang tidak mengerti peperangan. jika engkau berani memerangi kami, maka maka di saat itu engkau akan mengetahui bahwa kami benar-benar manusia dan kamu tidak akan menjumpai orang seperti kami.”
lalu Allah menurunkan firmannya dalam surah Ali Imran ayat 12-13
Perang Bani Qainuqa terjadi setelah Perang Badar Kubro.
Perang Bani Qainuqa merupakan peperangan yang terjadi antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi Bani Qainuqa di Madinah pada Syawal tahun ke-2 Hijriyah.
Perbuatan orang Yahudi yang kerap mengganggu kaum Muslim itu dianggap tidak mengindahkan perjanjian perdamaian sebagaimana tertuang dalam Piagam Madinah.
Satu di antara tiga suku Yahudi yang tinggal di Yatsrib, Madinah (Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizhah). Mereka merupakan kumpulan Yahudi yang paling ramai dan paling kuat di kota Yatsrib.